Pindah…
Friday, February 29th, 2008Pindah what?
I’m thinking to pindah here..kalau ok…terusla kat sini..tak kat fs lagik.Tapi sayang gak fs ni…ke nak ada dua2..gila tamak aku ni..
Peek A Boo silala..silala…
Pindah what?
I’m thinking to pindah here..kalau ok…terusla kat sini..tak kat fs lagik.Tapi sayang gak fs ni…ke nak ada dua2..gila tamak aku ni..
Peek A Boo silala..silala…
Aku kena tido cukup supaya boleh jawab dengan cemerlang.Ooo..midtermnyer weekend ni…
Oitt..ingat tido je?Study pon sama…hehhehe..ni asyik2 tengok TV.
Mmm..report opis dah siap. Aku cuti besok sampai AHAD.hahahah…nak study konon.
Tapi nak gi carik duit sebenarnya.Takpe..siang carik duit mlm study…
Chique…nak study apa ni?
Sepanjang hidup aku yang 30 tahun ni..sampai sekarang aku tak tau nak cakap aku ni orang mana.
Yerla..aku lahir je kat Seremban. Baru dok dari 1978-1981 kat Seremban, aku dah pindah ke Pusat Latihan Polis Ayer Hitam(PULAPAH), Bahau,NS. Tapi ada dalam tahun2 aku dok PULAPAH dai tahun 1981-1996 tu sebenarnya aku ada duduk dengan nenek, pastu aku dok hostel kat Seremban dari 1991-1995. Pastu aku dah masuk matrik UIA masa 1996.So tak jugak rasa aku orang PULAPAH.
Since 1996 aku stay kat UIA sampai la 2002. Family aku plak since 1996 dah pindah dok Cheras. Sampai sekarang since arwah papa takde family aku dok Kajang dari 2004.Still…aku masih tak tau nak cakap aku ni orang mana.
Mm..home is where the heart is.
Banyak2 tempat aku duduk..as aku pernah dok SP selama setahun dari end of 2005-2006. Aku takleh nak deny yang Kajang ada dalam hati aku. Memang aku rasa sangat aku orang Kajang.
Bukan apa, balik Kajang/drive kat Kajang/carik barang kat Kajang/ceruk jalan shortcut dekat Kajang/Sate Kajang/Lemang no 13..& Salun Rambut yang best & murah ada kat Kajang!!!!Huh sume kat dalam hati aku. Pasar Malam Simpang Balaklaa.. apa2 sume aku prefer dekat Kajang. Beli buku murah depan Metro Kajang dekat kedai mamak tu…huh..Kajang..Kajang..Kajang…
Ni sejak dok Seremban ni.Aku punya perasaan hati masih nak ke Kajang. Tahla..aku tak rasa aku orang Seremban. Puas aku nak sesuaikan diri ngan orang Seremban.Masih tak boleh.Aku still rasa I’m still not belong here.
Aku teringin sangat rasa settle down.Rasa best je..kenapala aku tak pernah rasa best kat Seremban ni macam aku rasa kat Kajang.Drive pon…sepanjang perjalanan aku gi opis hari2 ada je carutan2 dari mulut aku ni. Sungguh selfish crab orang Seremban ni dari orang2 KL.Baik den bawak keyto kek KL dari kat Seremban ni tau tak. Dahla banyak lori2 yang sungguh kurang belacan!!!!
Mmm….pasar malam kat umah mak aku tu pon best.Tak best macam tempat lain yang pernah aku pi.Still..aku kalau nak carik barang pasar malam kat Kajang ni jugak yang aku rasa best.
Aku sendiri tak boleh tau berapa lama aku dok Seremban ni.As memang umah sendiri, tapi kalau sampai masa laki aku kena posting Sabah ke Sarawak ke.Aku dah kena ikut.Kalau dia sambung belajar ke..mana nak tau dapat rezeki terpijak ke gi kursus lelama kat oversea ke yang aku boleh ikut..(ada ker?)..dah aku merantau lagi.
Still, aku tetap rasa aku orang Kajang walaupun lahir kat Seremban n membesar kat KL.
Penat tau..kadang2 pikir setiap kali pindah tempat baru nak kena develop new network, nak explore shortcuts,tempat makan best, tempat lauk murah..memang experience tu mahal & lebih dari orang yang dok setempat.
Tapi orang kena tau, setiap kali tempat baru nak develop semua tu kadang very tough n yang betul kuat yang betul tabah je need to be strong in everything.
Aku rasa tempat yang betul tetap masa aku dah mati je nanti sementara nak tunggu Hari Kiamat nanti. Tapi itu pon tak tau lagi aku ni kena tanam kat mana!!!
Mmm..tah 2-3 menjak ni hati rasa sedih..rasa lonely sesangat…rasa nak balik Kajang…biarla mak aku kuat bebel pon tapi bestla dok Kajang….the ambience & environment aku rasa best..tak macam tempat lain…weh..yang jem kek Kajang tu pekan dia tu je..weekend je…tempat lain ok je!
Sila ke sini
Mmmm…..kalau berminat ek.
Aku tak sempat la nak buat proper website.
Sekarang busy sangat as order per day tak kurang 50pcs satu Malaysia.
Sokongla produk tempatan.
Aku antara main supplier produk ni kat Malaysia.Beli 10 percuma 1.
Ada 2 pekej.
Stokis
PengedarSo pilihla…nak jadi pembeli je pon takpe….
Kalau tak pon just email pada mailing anda..
Mmm..today not feeling rite to go to the office.Apa opis bapak aku ke?Suka la.Aku dapat MC 2 hari lepas aku kena pi gak opis.Apa kes?So aku gantila MC tu ngan tak masuk opis hari ni.Marahla..tak heran. I’m big enuff laa..and cukup tebal telinga ni as if orang nak mangata pon.Muahahaha….
This entry is about one guy at my office. Gila menyampah menci aku ngan laki orang ni.Ooppss..this is not about him being menggatal or what.This is how a man, at the age of 34 takleh nak pikir arah idup.Duh…anak kau 2 ok!!!
Dia was appointed as warden.So paid up by us for the basic of RM900.As sebelum2 ni pon dia supervisor kilang, gaji pon 600.Kira dapat 900 aku bagi (aku ker?)tu okla kan..
He is annoying for me adalah kerna start seminggu kerja, dah nak pinjam duit company.Duh..and senarai hitamkan all the debts…keyte tak bayar berapa bulan la..umah sewa pon tak bayar & last but not least the anak & bini tak makan!
So..dapatlah advanced tapi potong gaji tiap2 bulan la kan.
Pastu asal tengah bulan je buat muka taik..duit tak cukup.Asal tengah bulan je macam tu. Bila dekat hostel (as sume staff aku dapat luncheon free company bayar) lauk ayam je..mula la buat citer ala2 sedih tu, saya makan ayam..anak2 saya makan telur je…(bukan ayam tu dari telur ke…eeeiii..u suck la!!!!).
Ngan aku..sket2..Puan Nora RM10,sket2 pinjam RM5….(err..mati aku kalau laki aku tau ni..xpernah mention pon…ayorkh..sori abang..coz he always claim anak tak makan & u taula..i ni kan cepat kesian…)
One day my other staff told me, that her inlaws..seorang GPK..sanggup buat part time jual air tebu.Itu orang rajin OK!!
Mamat ni pemalas.Dahla tau gaji kecik, bini ala2 berlagak nak jadik surirumah sepenuh masa. Oii..laki aku MEJAR tau(bukan nak cakap gaji banyak..tapi lagi banyak more than 200% dari gaji warden ni..kan..kan)…tapi aku pon KERJA & BUAT BISNES….carik duit sendirik tau…apa kes?Tak reti aku nak dok mengangkang kek umah doh…
Kenapa aku cakap mamat ni pemalas?Betapa bodoh nyer(Hanim as director..u shud think twice about my statement here…) company aku bayar dia RM900 untuk datang tido kat sini.
Yerla.warden..budak2 dah besar.Bukan baby which kau kena pakaikan pampers bila kencing berak.Ni kau datang tido je tau..kalau budak sakit je kau antar hospital yang kau boleh CLAIM…duit lagik tu!!!
Working hours kul 5ptg-7pagi.Ek eleh…malam macam jadik JAGA.Ada JAGA kat sini. Kau tido je.Cuba siang tu pandai carik lobang duit.Meniaga air tebu kat depan kilang ke, antar nasi lemak kat kedai ke…bumi Allah ni luaslaaa…
Aku dah bagi peluang.Suh jual MAGIC IRON PAD aku..aku bagi komisyen lagi. BERLAGAK…taknak jual.Ek eleh..dia tak tau aku SALES sehari tak kurang 50pcs per day around MALAYSIA.Cuba bayangkan..sehari aku boleh dapat berapa?
Aku memang benci tau ngan LELAKI yang MALAS..tak nak USAHA…Pastu nak BERLAGAK macam orang kaya…senang ke apa ke…ukurla baju kat badan sendiri.
Pastu mengadu bini selalu tengok orang lain pakai baju cantek2..so sedihla dia tak dapat belikan..eleh..ko malas..memangla idup kat takuk tu jek!!!
Gila aku ari Jumaat ni kan..coz aku menci lagi bila dia citer ngan budak2 ni, dia terpaksa jual sport rim coz bini dia tak makan.Company potong gaji dia and konon2 ada orang tabur pasir kat periuk nasik dia..padahal CEO aku baru je lepas naikkan gaji dia RM350!!!
Gila nak terajang aku dia ni la.Serius aku sampai tahap dah nak ptui..ludah2 at muka dia..carut2 segala bana (&%^$(*&^%(&^(*…..
As..Senah..Wanja..Hanim..kalau nak pilih laki carikla..BERIMAN/BERILMU/BERKERJAYA….sekurang-kurangnya yang tak makan HASIL bini…or MALAS….
Aku memang tampar2 korang kalau kawen ngan those yang macam ni.(Ada gak yang KAYO tapi kedekut..tapi sekurangnya kalau dia tau carik duit & tak kacau duit korang takpela….)
Sesak napas aku tengok dia ni.Memang taraf aku takleh nak tengok muka dia dah sekarang…Kenapala ramai jantan species macam ni?!
Thank God sebab dalam hidup aku aku jumpa LELAKI2 yang baik…yang tau kena usaha sendiri…walaupun semput tengah2 bulan jugak kekadang…tapi aku tau mereka2 itu tau nak prioritizekan family dulu then baru diri sendiri…
Aku jugak TAK RESPECT pada LELAKI2 yang suka mengadu takde duit..tak dapat macam orang LAIN yang BEST2…coz LELAKi bukan naturenya untuk mengadu those tiny2 things..tapi benda2 itu adalah sebagai penguat semangat untuk dioarang bekerja lebih kuat..berusaha untuk guna tenaga & akal anugerah tuhan untuk usaha dapat yang terbaik!
Pesan laki aku…biar kita tak KAYA..tapi SENANG dan tak menyusahkan orang lain.Jangan sesekali cakap takde duit..kita kena cakap duit tak berapa nak ada.Coz kalau Tuhan tarik nikmat2 duit syiling yang kita ada tu?(Eh..aku ada tabung syiling tau..dah penuh dah dua..hehhe..tak kurang 700 tau kitaorang bank in setiap tahun…)Nak ke?
Maybe kita takde duit banyak macam orang lain..tapi jangan sampai tak makan.Tapi kalau makan telur ke maggi ke..makan tak?Sapa nak tau umah kau makan telur ke maggi ke?Unless ko jaja2 cerita tu…kan..kan..kan…Titik!
P.S (Nem, kaula tukang tabur pasir kat periuk nasik dia..coz kau potong CLAIM dia…hahahha)
Tak ternilai rasanya aku nak cakap thanx kat mama & papa aku. Tau kenapa aku tulis cenggini?
Tah bila aku ngajar tuition kat anak cikgu sekolah & lecturer ni, aku heran..mak bapak diaorang yang ada degree bagai tu tak pernah ajar anak ke?
Dah darjah 4 & 5 english tak payah cakapla..headmaster pon tak tau apa?Bley?Kalau skolah kampung ulu ceruk aku pahamla…ni dok tengah bandar.Tak lama lagi Seremban ni nak jadik Bandaraya dah..apa kes?
Sifir?Lagilaaa…ya rabbi…tak tau..tak hafaz…eeiii..memang sabar tahap gaban akula ngajar diaorang ni!!!
Mmm..pastu tak tau baca JAWI?Dah darjah 5 hukum ihfaq haqiqi, izhar halqi pun tak tau. Budak tu bawak homework dia.Aku dah pesan, kalau ada homework bawak dulu, siapkan sesama,pastu baru aku ngajar. Masa dia buat homework Pendidikan Islam dia ingat aku ni tak tau agaknya..ewah..ewah…sekalai malam tu aku jadik ustazah terus kat dia.Hah amik kau..heheh…
Apa ingat aku dulu sekolah rendah dalam bandar ke?Aku sekolah dalam hutan tau..kebun kelapa sawit..tak caya tanya Bajang…Assisam…ngan Nor-Ideq..check kawan2 yang jumpa aku masa sekolah rendah dalam senarai friends aku tu!!!!Dioarang je tau PULAPAH tu DALAM HUTAN macamana!!!!
Aku bukan nak puji diri, tapi mak bapak aku bukan cikgu pon. Malah SPM pon gred 3, mak aku MCE gred 3, tapi aku adik beradik alhamdulillah umur 4tahun dah boleh membaca fluently. English pon sama. Credit to my mum’s side yang ala2 berlagak tu,so..happened kitaorang adik beradik memang PAHAM la english tu apa.Memang A la English sepanjang zaman persekolahan!
Sifir, aku memang tak pandai Maths,serius aku cakap aku memang hafaz sifir pada umur 10tahun.Kalau tak hafal aku kena berdiri atas kerusi tau sepanjang malam.Selagi tak hafal papa aku tak bagi aku tido.Biar aku menangis masa tu, tapi tak masa depan. Papa siap buatkan aku chart sifir tu biar aku bangun tido je tengok sifir2.
Subjek Agama, walaupun mama & papa aku tak berapa la pandai, tapi aku ngaji, papa yang ajar,hantar aku gi sekolah agama dari sekolah rendah lagi, sekurangnya umur 30tahun ni aku still boleh sebut huruf yang mengikut tajwid yang betul tau!
Dulu, masa aku kecik2,malam..solat maghrib jemaah ngan papa, pastu mama masak kat dapur.Lepas maghrib dinner.Then WAJIB okeh, tengok BERITA masa tu.Then buat homework sampai 9.30. Weekdays, memang malam takleh tengok TV.Mak bapak aku hanya tengok TV lepas kitaorang adik beradik ber 3 masa tu masuk tidur sebelum kul 10. Sebelum tido kena plak minum susu Nespray seorang segelas!
Masuk sekolah menengah, memang bab2 belajar bila balik cuti papa tak tekankan.Coz dia tau dah ada prep kat sekolah.(walaupun keje aku berborak jek…)bila balik cuti sekolah, mama la selalu bising suh buat keje umah.Aku form 1 dah pandai MASAK okeh…buat biskut raya/kek/tak campur masak yang simple2 okeh….
Tunggu result SPM kira kalau sapa nak masuk meminang dah bolehla masa tu..pandai serba serbila aku ni!!!!
Tapi masa tu aku rasa mak bapak aku kejam..heartless..asyik suh blaja..asyik suh buat keje umah.
Sekarang masa umur aku nak masuk 30tahun ni, aku tengok anak2 orang zaman sekarang ni..aku tak terbalas jasa mak bapak aku tu!!!!
Aku lagi kagum kalau mak bapak tak sekolah..tapi anak bukan setakat pandai blaja, tapi pandai serba serbi….
Apapun aku lagi kagum ngan mak bapak aku sebab jadikkan aku 4 beradik alhamdulillah masuk U..pandai buat keje umah (except adik laki aku yg no 3..dia malas sket..kena suruh baru boleh buat..tapi dia pandai beli ikan kat pasar..kalah aku tau!!!Adik aku yang kecik tu terer…blaja pandai..kerjaumah pun pandai..korang percaya tak..ni tunggu result SPM ni jaga anak buah aku yang umur 5 bulan tu tau…hari2…)
Sayang mama & papa..sangat2….biarla tak kaya macam orang lain..tapi diaorang bagi aku berjayala dalam MENJADI kan kitaorang ni ORANG!!!
***Aku tau..post ni adala sesi puji diri sendiri..tapi blog aku…suka akula kan..dan aku tak cakap kami PERFECT..sekurangnya2..kami BERJAYA dalam interpretasi kami sendiri****
Last sekali aku pi KL/Kajang/Putrajaya masa 4hb Februari.Mm..dok Seremban memang best.Rasa tenang je..tapi aku yang kalau tak dapat bau shopping complex kat KL tu memang takleh tido malam sebenarnya.Aku menghitung hari je nak pi tau.
As last week my hubby tak balik.So aku plak nak kena hantar assignment due on 18th Feb ni..(oo..lala tak siap lagi ni..)aku dah siap plan dah perjalanan aku for weekend baru ni.
Saturday.
Bangun pagi2 dan mula segala bana aktiviti mendobi dan mengemas umah.Lap segala habuk, susun segala benda sambil buat assignment yang otak aku jammed takleh nak dapat idea.
Tengahari
partner business datang umah jap.Discussed apa yang patut then petang aku siap and heading to KL. Tekak ni dah teringin nak makan mashed potato kat The Coast Alamanda. So aku pon kol Anem & ajakla dia skali. On the way teringat Dr.D and ingat nak ajak dia skali. Aku pon turun tol Nilai & fetched Dr.D. Then gi amik Anem plak kat umah dia.Hehehhe….
Ni la mashed potato yang RM4 kat Alamanda tu.
Ni plak appetizer kitaorang hari tu.
Ni aku amik burger dia je..yang Huda cakap..bau ‘LEMBU’ sungguh…
Sambil makan sambil dengar & tengok Live Band kat luar Alamnda tu.Sudahnya kitaorang pon jadik macam orang pekak terpaksa jerit bila nak bercakap sesama kitaorang.
Before makan tu siap pi Esprit & dapat shopping baju rege RM10..sukanya aku & Dr.D.Anem bengang sungguh coz baju yang saman dia beli last 2 weeks cost her RM29.90 kitaorang RM30 dapat 3 helai baju.Muahaha….
Then balik umah Anem & tido.
Ahad.
Mmm….as pagi tu bangun pagi2 coz aku nak siapkan assignment.Tapi hari ni dah janji ngan ramai orang nak jumpa.Huish…memang takleh la nak pikir assignment yang aku hanya dapat buat dalam 10 pages ni. Aku kena push gak otak aku. Pastu gi Masjid Putra coz nak jumpa orang kat Selera Putra Putrajaya tu.Aku dah sampai dia boleh plak mintak aku tunggu dia lagi sejam.Gila poyo minah tu. Sementara tunggu aku lepak Alamanda lagi ngan Anem. Ooo..my God..ini hasilnya!!!
(Weii bukan aku shopping eh..anem tau..anem….aku beli towel RM29.90 kat Aussino..anem beli handbag Guess..pastu dia beli bedsheet bagai…pastu satu paperbag kat Aussino tu saje aku mintak lebih…hahahah…)
Then kitaorang tak jadik plak jumpa minah poyo tu. As anem nak gi beli hp baru, maka kitaorang pi Mines plak.Ecceceh….berjalan sakan kau yer…
Lepas Anem dapat apa yang dihajati, kitaorang makan. Lepas makan aku kena gi jumpa boss aku kat Taman Permata. Kitaorang pi Taman Permata la coz dalam kul 5 nak gi melawat bestpren aku si Gmie yang dengarnya sakit tu.
Sampai umah Gmie, sian plak aku tengok dia. Saraf mata dia kena virus.So sekarang tengah under treatment. Dia akan nampak sume benda double vision.Ala2, pirate plak semalam dia, terpaksa tutup sebelah mata.
Tapi sungguh geram rasa nak gigit budak kecik ni. Seri Darlina Binti Rozaimi. Si chubby bulat yang kaki macam drumstick ayam rasa aku nak gigit ni la anak bestpren aku…geram sungguh2!
P.S Kalau la si kenit ni tau aku dulu gila tergolek2 ngan bapak dia kompem dia pakat gelak guling kat aku kan..hahahha…*wink*
Lepas balik tu aku gi jumpa member aku yang bernama Sri gak..discussed sket pasal bisnes, then aku drive hantar Anem plak ke Putrajaya amik keyte dia & balik umah mak aku ke Kajang.
Sekarang..aku tengah upadate blog sambil update assignment coz aku nak hantar hari ni gak. Tapi nak masuk opis gak, & nak jumpa orang amik stock baju.Mmmm…penat gak aku hari ni..ok dah nak kul 9.By kul 11 paling lewat aku kuar umah ni.
Till then….
Semalam chat ngan ex-skulmate aku Eyja.
Dia tanya aku soklan,weh aku ni dok Seremban..manala nak rasa JCo Donuts tu.Best sangat ke?
AKu jawab tah..bestla kot.Coz aku memang makan time aku tengah lapar giler.
Eyja tanya sama tak rasa ngan Big Apple Donuts yang kat Jusco Seremban 2?
Sebab Eyja tanya & aku pon takleh jawab maka aku terpaksa (terpaksa ker..ahaks!)la pi beli & rasa sendiri.
Ni kotak eh..cantek tau..yerla kan Valentine’s kan?
Amacam?Rasa dia..bak kata Chique kawan aku tu sila check sini Chique’s Blog lagi best Jco & Big Apple tu lagi mahal….err..err..no komen laa…sama jek aku rasa..hahaha…
Haram..haram celebrate Valentine tau.Tapikan Hasnah…ni chantek sangat semalam..kalau beli untuk diri sendiri takpe x?
Ni plak pink karer…huish..untungnya sapa lahir bulan Feb ni…kalau tak nak celebrate Valentine’s yang HARAM tu..tapi banyak choice yang cantik as present..jelez..jelez…
Talak kila…aku nak beli gakla..as my advance annivesary/andvance birthday present…err boleh tak Nah?Nanti kang ko tulis kat komen aku..weh HARAM JIDDAN kang…heheheh….
Yewww..bunnies how goes your long holiday?
As mine, so damned superb when just makan/tido/watch Astro & DVD/masak2 & peluk2 with major dear.Ahaks….
No way for me to contribute to the numbers of cars yang terlibat ngan jem ittew.
Aku tak pernah rasa setenang macam ni.Dok umah jek.
Ni gambar nasi ayam yang aku masak time cuti ari tu..gambar lain tak sempatla..dah aku masak je terus makan.*sigh*
Lepas korang dah puas cuti…dah puas habis duit..nanti next week aku ada Motorola Treasure Hunt PJ-Bukit Tinggi.
Early March..jalan2 lagi ngan hubby..Mmmm….
Tapi aku kena:
*Siapkan Assignment Rosli due next week
*Study for Mid-term Dr.Zobidah
*Buat la proposal Dr.Zobidah itteww..
Pastu:
*Weekend ni aku kena jumpa client pasal kidswear
*Weekend ni gak kena jumpa orang pasal MAGIC IRON PAD
*Weekend ni gak kena hantar barang kat KL
Then:
*Dah siap cat my 2nd room ngan lime kaler..cantiknya..so kna fill in with white furniture…so english!
*Kena gi IKEA nak beli lampu
*Kena beli kipas nak buh kat dining
*Kena set appointment ngan contractor pasal nak buat kitchen cabinet…eeeiii..bila ni?
Mmm..ha itula cuti lagi..tido lagi..tengok..tengok manyak sangat kelija..nak pi jenjalan lagik.Heheheh…