3 years ago….14th May 2004
Aku kat umah yang sama. Memandang sepi hantaran yang dah siap..bilik yang dah siap dicat kaler hijau?(Hijau?Not my taste at all)
Memandang sepasang baju kurung moden kain chiffon yang tergantung..bilik yang berbau wangi pot pouri. Mengintai ditingkap…orang sibuk memasang khemah.
Aku di sini. Merenung langit. Berfikir…adakah ini yang aku impikan?
Aku memandang telefon..takde ke orang nak ajak aku lari?(Sempat lagi tu…!) Aku menarik nafas panjang.
Mangambil wudhuk dan membaca surah Yaasin memohon ketenangan. Aku solat sunat 2 rakaat memohon aku tidak berpaling ke belakang lagi.
Aku menarik nafas panjang. Memandang inai di jari?
Hati masih berdolak dalih.
Jahatkah aku ketika ini memikirkan apakah keputusan yang bakal kubuat.
Memperjudikan masa depan dengan orang yang aku hardly kenal sapa dia? Dan dia pon tak kenal siapa aku sebenarnya?
Oo..Tuhan..aku hanya berserah pada takdirmu.
(Satu panggilan telefon dari JB ketika itu meruntun hatiku, membuat aku yang ketika itu bulat dan tekad terasa ingin lari dan mencarinya..bersamanya..namun aku harus kuat dengan apa yang telah aku pilih sebagai jalan hidupku…maafkan aku my dear..antara hati & maruah keluarga!Walau ketika itu hati ini ketika itu pedih..rintih menangis hanya tuhan yang tahu….)
Malam itu, selepas maghrib…aku sah menjadi isterinya.
Perasaan ketika itu..syukur..terharu..namun hatiku hanya tuhan yang tahu.
Kini, dalam diam sudah 3 tahun aku mengharunginya dengan penuh tabah..dan bahagia dalam dunia kami…
Happy 3rd Annivesary Abang, mungkin kita tidak sesempurna orang lain..tapi kita bahagia dengan cara kita sendiri!
"Seseorang yang kita miliki ternyata tidak sepenuhnya milik kita. Kita bisa memiliki tubuhnya, hatinya, tapi bukan jalan hidupnya…"-quote from filem Cinta Pertama.