Archive for March, 2007

Tak BERNILAI NYAWA aku?

Tuesday, March 27th, 2007

Malu sebenarnya nak tulis.

Sedih.

Bila satu incident berlaku, aku sebagai anak, merasakan seorang ibu patut diberitahu dahulu selepas laki aku kerana kejadian itu aku masih bernyawa lagi.

Tapi bila reaction yang aku dapati seolah tidak langsung bernilai nyawa aku ni.Sedih bangat aku rasa.

Aku takut sangat. Kalau aku ada anak, mampukah aku jadik ibu yang baik?

Laki, kawan2..semua terperanjat dengar cerita aku. Sumer concern…tapi mama?

"ALAH, BENDA KECIK HEBOH. SAMPAI NAK TEPON"

Mampukah aku bertahan ya tuhanku?

Selama aku hidup hampir 29tahun ni, segalanya aku korbankan hanya untuk merasa kasih mama. Hanya untuk puaskan hati mama. Hanya kerana nak happykan mama…

Kali ini, aku takkan menoleh ke belakang lagi..Andai berlaku apa pun selepas ini, maafkan kakak mama..terlalu banyak kakak korbankan hanya untuk puaskan hati mama…cukuplah..dah tiba masanya kakak pentingkan hati dan perasaan kakak dulu kerana mama tak pernah peduli!

Aku memang tak DENGAR

Sunday, March 25th, 2007

Dia kawan aku.

Dia tepon aku suh aku dengar.

Tapi aku habiskan credit dia untuk mendengar.

Bukan aku tak nak dengar. Kadang-kadang tah drag off.

Aku nak tepon dia aku rasa tak nak ‘terkena’ dah macam dulu.

Bila aku MENGADU..dia bukan nak dengar. Tapi dia BLAME aku.

So?..Bila dia tepon..aku suhla dia dengar. Sebab masa tu je aku rasa time yang betul and time dia nak cakap ngan aku.

Takpela..lepas ni kalau dia tepon aku nak diam.

DENGAR.

Hari-Hari Yang Sepi

Tuesday, March 20th, 2007

Aku ingat dah jauh ngan laki..aku ok la kot.

Dah adapt.

Ni bila ada exercise masuk utan 3 hari..langsung takleh dihubungi…aku rasa

SEPI.KOSONG….

huish….mandom!

Bila ni..

Wednesday, March 14th, 2007

Cepatla….bila ni?

Yang Mama tak perlu tahu…

Monday, March 12th, 2007

Last Saturday, went to Labis for merisik moment on behalf of my brother. After a years of courtship..akhirnya  mereka bersama.

Yeala..lepas bergaduh..lepas putus sambung..macam-macam cerita ada..Aku syukur dengan Tuhan jika dengan izin Tuhan semua dipermudahkan, aku berjaya lagi menyelamatkan satu lagi hubungan CINTA. Alhamdulillah.

Melihat mereka, seolah melihat aku dulu. Penuh pancaroba untuk mempertahankan cinta yang ada…Hai..nak buat macamana, tegar betul aku bila di marah mama kerana menyokong mereka dulu. Yang jahat..mesti aku.Kenapa? Tapi tak kisahla..akhirnya mahligai impian mereka hampir menjadi nyata. Aku tumpang gembira dengan ‘kejayaan’ mereka.

Yang aku tak tahan, hampir 3 tahun aku dah settled down, mama masih lagi nak mengungkit cerita lama itu. Menyalahkan dan dipersalahkan. Ingin aku menjerit, ingin aku katakan..cukupla ma..kakak tiada jodoh dengan dia. Doakan yang terbaik untuk kakak dan juga dia yang pernah menjadi sebahagian dari hidup ini.

Kadang-kadang ingin aku bagi tahu..tulis disini….aku sedang meneruskan kehidupan kerana aku tidak perlu melihat kebelakang lagi. Andai di putar mampu, akan aku pertahankan apa yang aku ada.Tetapi, di waktu itu..takdir Tuhan lebih hebat tidak mampu aku melawan-Nya. Ujian itu terlalu hebat untuk aku tempuhi. Aku tidak malu untuk mengaku, sewaktu aku sorang-sorang dulu,tiada siapa yang tahu cerita kami itu.

Cukup ma…rahsia itu milik kami berdua.Yang mama tak perlu tahu…

Aku tahu dia kini menguntai bahagia dengan isteri tercinta, serta anak yang bakal lahir sekitar July nanti.Alhamdulillah, dia masih mampu meneruskan kehidupan walaupun cinta kami gagal di tengah jalan.

Aku? Masih melakar corak-corak bahagia itu agar aku lebih tenang. Mampu untuk meneruskan kehidupan ini. Menghargai insan yang menyintai aku sepenuh hati.

Jujur aku katakan,ketahuilah mama, sejahat mana pun dia di mata orang, aku amat berterima kasih dengannya. Aku belajar bercinta dengan dia, belajar erti cinta dengan dia…Kalau pun tiada siapa yang tahu apa yang berlaku sebenarnya ingin aku katakan, sudah takdirnya dia bukan jodoh aku dan aku bukan jodoh dia. Sedalam mana pun cinta kami berdua hanya sebuah kenangan terindah…

Tolong jangan diungkit apa yang berlaku ma, tolonglah…kerana..mungkin kami tidak bersuara,yang mama tak tahu, tapi hati kami hanya Tuhan yang tahu…

Hari-hari yang bosan

Wednesday, March 7th, 2007

Bosan..bosan..bosan…

Surat Untuk Laki

Monday, March 5th, 2007

My Dear,

Awak…hari ni kita rasa nak menjerit je…Bilalah agaknya kita dapat hidup proper macam orang lain?

Orang lain ada yang langsung tak pernah kena tinggal dengan laki..kalau kena tinggal pon takla selalu..tapi kita?Selalu sangatlah awak..

Kalau duduk sekali dengan awak pon, kena tinggal jugak. Bukan kita boleh bangun tido tengok awak ada kat sebelah kita..kalau seminggu ada 7 hari..2 hari jugak kita tengok awak..

Kadang-kadang kita rasa baik kita cakap dengan cicak..

Orang tengok kita kuat..tapi kita tak kuat tau awak. Kita nak nangis pikir nasib kita pon kita malas..kita nak rungut-rungut kat awak pon..apa yang awak boleh buat?

Takkan awak nak berenti keje pastu mengadap je muka kita..

Kadang-kadang bila kita pikir JAHAT kita nak je keje jauh-jauh dari awak..biar awak rasa macamana kita rasa..

Setiap orang boleh cakap dengan kita sabar.

Tapi kadang-kadang kita panas telinga gak, bila orang cakap kau ni ada laki tapi macam takde.

Awak..bila kita cuba cakap benda ni dengan awak, kita tak sampai ati tengok awak serba salah. Kita cuba tak merungut..tapi mulut kita yang comel ni, takleh tahan nak cakap. Yeala, takkan jumpa awak 2hari je dalam seminggu tapi sehari tu kita nak merungut/membebel je kan. Walaupun kita ‘pandai’ sangat cakap.

Kalau ikut ati kita ni awak, kita nak bangun tido, dapat tengok muka awak. Pastu buli2 awak macam selalu. Pastu boleh kita buat breakfast dekat awak. Boleh kita borak2 macam selalu. Boleh gelak2 selalu. Walaupun orang selalu tanya kita camana kita boleh hidup dengan orang pendiam macam awak, tapi tak kisahlah. Kita cakap banyak, awak cakap sikit. Tapi awak DENGAR apa kita cakap…Kita je selalu tak DENGAR cakap awak kan?(Kita memang nakal..)

Awak tahu, kalau kita boleh tulis rasa rindu..rasa lonely kita, banyak sangat. Yeala..kita tau awak bukan 1st love kita, tapi awaklah hubby kita. Buruk baik awak kita kena terima. Sebab awak dah Tuhan takdirkan buat kita. Hanya Tuhan je tahu kenapa kita DIJODOHKAN bersama.

Kalau kita nak  cakap awak JAHAT? Apa salah awak? Awak memang BAIK. Sekarang kita rasa kita je wife yang tak BAIK sebab macam tak bersyukur je dapat awak. Asyik2 nak down je bila awak takde.

Awak tau tak..dalam kuat2 kita di mata orang, kita sebenarnya lembik. Tapi kita belajar jadik kuat..macam catwoman ke apa ke, sebab kita takleh bagi orang nampak kita lembik.

3 tahun dengan awak, kita rasa berapa kali sangat la kita hidup proper macam orang lain. Kadang-kadang kita pikir apa tau awak, nak pinjam mesin ‘Honey I shrunk the kid’ tu supaya kita bole je duduk dlm poket awak..tak kira masa.

Tapi taknakla..lemas pulak kita nanti. Panas pulak kita nanti.KIta kan tak suka panas..awak tau kan? Kalau awak kena jemur..pengsan la kita nanti. Dahla dunia askar awak tu terlalu skema untuk orang yang suka memberontak macam kita ni.Hehehehe….

Dahla awak, takpela. Kalau awak takde sekarang mungkin awak ada masa akan datang. Kalau awak takde gak, takpe kita dah cukup tegar untuk hidup cenggini…

Take Care awak..Rajin-rajinla call kita. SMS ke..awak sibuk sangat ke?

-Kita-

Arghhhh!

Sunday, March 4th, 2007

The day that I thought of killing someone..

Rasa nak padam-padam je watak dia dalam kehidupan aku sehari-hari.Boleh tak?

Alah macam kita buat skrip ke..berlakon ke mati kan watak. Hah macam tu la.Main delete je. Tak pun amik eraser pastu padam nama dia?Tak boleh eh?Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…………..

Tapi itulah realiti kehidupan.

Ingat sesedap oren je kau nak buang apa yang kau tak suka?

Buat keputusan ikut AKAL..bukan PERASAAN.

Sebab PERASAAN aku pernah buat keje gila..cukup sekali! Dari hidup aku jadik Plan A jadik Plan B.

Udah-udahla tu..jangan terpikir Plan C plak!!!Don’t ever think ’bout it….muahahahah….