Archive for January, 2007

Thinking Out Of The Box

Tuesday, January 30th, 2007

Dah sampai masanya kot aku kena confront the world beyond my comfort zone.

This is when i need to coming up with the new ideas(waa..mcm byk kena pikir) and making progress means i have to leave my comfort zone (being sesuka hati unemployed/jalan2/shopping2) and venture into the unknown.(eerrrr…..alamak!)

But living s comfortable existence is undoubtedly a universal aspiration(yeala..sapa tak nak kan). As people said, being too content(asyik2 perkataan ni) with my ‘comfort condition’ breeds complacency.(ayarkhhhhh!)

If I don’t step out from my comfort zones, however, I’ll will get nowhere. Betul ke? Takpela sket2 dulu. Takde nak buat drastic changes.

Living my comfort zone of lepaking so much and work hard, think hard is the best thing for me start a new step of doing new things. If not, i’ll not align with the rapidly changing world.

OK..go Nowwa…go…lebih banyak benda kena plan…kena tinjau..kena lebih berani bertanya..buat benda yang kau tak terpikir nak buat.

Mesti boleh!

Pesta Flora 2007

Saturday, January 27th, 2007

Hari Sabtu,bagi melengkapkan Album Tahunan berjalan-jalan aku, petang tu aku & hubby pun pergila ke Putrajaya nak tengok Pameran Kereta Berhias tu.

P1010263Bukan tak nak pi pagi tengok perarakan, tapi..ramai bangat. Lemas aku..hehehhe..

Cantik/Kreatif betul diaorang buat kereta berhias tu. Tapi tak rasa membazir ke?

Tapi yang tak bestnya lupa caj bateri. Ada 6 keping je gambar sempat amik!

Happy 29th Birthday to my hubby!

Saturday, January 27th, 2007

P1010267Simple birthday celebration on 26th January 2007.

Semoga pertambahan umur my beloved hubby akan bertambahnya rezeki, peluang2 baik di dalam hidup, mempertingkatkan amal ibadat, semakin positif dan berjaya di dalam apa jua yang diceburi.

P/s Laki aku bln 2 kursus risik kat KL, bulan 3-5 kursus worksyop commander kat PD….(bukan senang jadik bini askar..buat yang tak paham jangan banyak cakap eh..rasa sendiri baru tau!)

Dia Bolehla!!

Tuesday, January 23rd, 2007

A: Kak, sebelum bisnes ni kita kena set dulu apa target market kita. Takleh nak melulu je.

Aku: (Sengih) Macam dalam kelas Marketing lak aku rasa.

A: Bukan kak, kita ni mula2 sikit2 dulu. Mula2 layan tapak. Lepas dah tak larat layan tapak, kita jadi supplier. sekarang ni A ngan beberapa kawan kitaorang pump in modal, sekarang main in bulk je. Bukan sikit2 dah.

Aku: Ok

A:Kita bukan apa, masa sekarang pun dah takde. Jumpa orang sna sini. Pergi tengok barang. Hantar barang sana sini.

Aku:Oooo….

A pun balik dengan terkocoh-kocoh.

Dia balik je mak aku membebel ngan aku sebab aku macam main-mainkan ’sedara’ aku bila aku cakap macam dalam kelas marketing. Kata aku nak perlekeh orang.

Masya Allah. Tak terniat pun. Cuma selama ni aku berniaga dengan cara aku. Aku bukan nak sampai takde masa untuk diri sendiri. Aku cuma nak cari duit tambahan untuk diri and jumpa ramai orang serta isi masa lapang.So, ikut suka akulah kan.

Sekarang ni, A asyik suh aku ikut dia jaga tapak sana sini. Katanya nak suh aku belajar. Fine. Tau jual apa? Jual comforter & baju kanak-kanak branded.

Dia tak tau aku untung berapa ribu masa aku dok jual barangan dari China. Dia tak tau aku untung berapa banyak masa jual kuih raya. Dia tak tau aku untung berapa banyak untuk projek berniaga kecil-kecilan aku.AKu buat ni pun, tak payah susah nak apply lesen kat DBKL, or layan tapak. Aku just carik kaki yang boleh supply barang aku. Yang penting barang aku habis, balik modal & untung untuk aku shopping!

Dia buat aku macam aku budak bodoh baru nak belajar. Tapi aku sedarlah, mungkin aku tak sehebat dia sebab tu aku kena belajar.

Cakap pasal term2 accountla..(err..aku tau laaa), cerita pasal shipment la, consignmentla(er..aku bukan tak pernah dengarlah..) cerita pasal order based la apa la…Aku mula rasa dia makin kecik je di mata aku.

Pada masa yang sama asyik suh aku buat sample kuih untuk antar ke opis2. Nak banyak plak tu. Tapi suh aku teman dia jaga tapak dia kat Pasar TTDI.

Gila? Pukul 7 pagi-12 thari. Pukul berapa aku nak kuar dari Kajang? Dia sedar tak Tol Grand Saga je dah RM1.90/Cheras RM0.50/Kerinchi Link RM1.50.Itu baru pergi..belum balik lagi. Minyak aku?Koman2 pun RM15 tak lari. Lepas tu balik penat2 dia nak aku siapkan sample kuih.

Dia bolehla…kawin anak dato’.Laki gaji 10k.Dok ngan mak mentua.Anak dua.Orang gaji dua.Baju, spendar, seluar laki, baju anak,bagi makan anak, mandi anak, kemas umah semua orang gaji buat. Masak pun sama. Kuar umah kul 6.15 pon balik kul 10 malam tu, bukan kena pikir nak lipat baju,kemas tempat tidur, gosok baju.

Aku? Dah dok ngan mak aku. Mak aku kerja. Banyak benda aku kena tolong. Mak aku bukan muda lagi. Adik aku lagi. Kena hantar sekolah. Masak. Memang sibuk je kat umah ni.EEEEEEEEEEiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!

Tadi A called lagi. Jangan lupa sample kuih.(siap ajar aku lagi camana nak buat..err dia tak tau ke aku bukan pertama kali jual kuih?!)

Pastu suh aku ikut dia Sabtu ni untuk buat demo kat umah kakak ipar dia…

Dia lainlah, laki jumpa hari2. Peluk laki hari2. Aku? Seminggu sekali pon payah. Dahlah weekend ni birthday laki aku. Ni la 1st time aku rasa menyampahnya terbabit ngan bisnes yang melibatkan sedara ni.

Ni sumer mak aku gatal mulut cakap suh ajak aku join dia la ni!!!!!

Dari idup aku yang aman damai, jadik trauma tiap kali dengar telepon bunyi. Dari pandai buat kuih, 2 talam choc chip aku hangus terbakar!!!

Eeeeeeiiiiiiiiiiiiii….dia bolehla!!!

Aku kena slow talk ngan dia. Aku nka buat ngan cara aku. Aku nak ikut masa aku. Aku bukan nak kerja sampai badan sakit2..badan penat kepala sakit pening mana nak carik modal.

Aku bukan tak berwawasan. Tapi aku punya banyak tanggungjawab lain yang aku perlu pikirkan selain nak bisnes sampai tak ingat dunia.

Aku bukan nak duit berlanar sampai tak tau berapa banyak duit aku.

Aku cuma nak,kehidupan bebas hutang, selesa, boleh shopping, ada saving masa tua, boleh travel selalu…Sekarang ni pun dah dapat kenapa aku perlu susah2?

Eye On Malaysia

Monday, January 22nd, 2007

P1010254 Belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah.

Alhamdulillah..aku masih content dengan kehidupan yang aku ada. Apa yang aku ada.Lebih baik diam dari banyak bercakap. Bukan diam ‘kosong’ tapi diam berfikir.

Weekend baru ni hubby bercuti sampai Isnin. Waa..aku plak demam. Tapi aktiviti berjalan aku masih diteruskan dengan jayanya.

Sempat lagi aku pi naik Eye On Malaysia kat Taman Tasik Titiwangsa tu.Best?Mmm…no komen la. Sebab view dia sungguh biasa2. Nampak plak setinggan. Alahai!

Maybe naik malam baru syok kot…

Mmm…bulan ni dah start sibuk dengan projek ‘rahsia’, projek tempahan kuih, projek tender makan budak Tadika, projek jual baju kanak-kanak aku….

Semoga Projek ke "B" April ni berjalan lancar!

P/S Buat Lela, sabar dengan musibah yang menimpa ur parents!

Fun Fair Prima Saujana!

Sunday, January 14th, 2007

Satu annoucement oleh satu van lalu di hadapan rumah.

"BERITA BAIK, SATU FUN FAIR KINI DIBUKA.BERTEMPAT DI HADAPAN PADANG PRIMA SAUJANA…bla..bla.."

Aku ignore kan aje.

Malam. Syirah menangis terlolong-lolong, golek-golek nak gi ‘fomfor’. And everybody just wondering is what ‘fomfor’ is!Pujuk-pujuk at last semua oranng dapat tau jugak yang dia nak pi funfair.

Sumer mengelak tak nak pi. Aku kesian sangat so, aku pon bawaklah pergi malam tu ngan ibu dia, nenek & acu.

Sampai kat sana, she was so excited. Sudah! Itu nak naik ini nak naik…Tiba-tiba dia cakap:

"Adik nak naik elephant tu.."

Ooo..sumer pandang. Tingginye elephant yang dia maksudkan. Takkan nak bagi dia naik sorang. Ibu n nenek dah oversized. Acu kaki panjang…sudahnya..mama la kena temankan!!

Aku tak tau nak cakap apa…umur aku dah nak masuk  29tahun..the same game kat Sunway pon aku tak naik..ni sebab nak teman my niece..aku pon naikla…n jadik orang paling tua sekali naik.Cheh!

What an experience!

Kasih Yang Tercalar-(Tajuk Buku laaa)

Wednesday, January 10th, 2007

Semalam beli buku citer baru written by Norhayati Berahim.Tajuk :Kasih Yang Tercalar.

Tapi aku dapat yang damaged copy. So tadi dah email publisher aku nak copy baru. Banyak pages yang blank. Kalau tak, tak value my money and tak dapat la nak habiskan cerita tu.

As one of my new year resolution (which I supposed not to expose it here), aku dah nak kurangkan my addiction to novel. Just selective writter je yang aku akan beli bukunya.

Ada sorang writter to, happened the 1st book written by her, so damned menarik and the book after that, nak muntah-muntah aku habiskan. Now I am being so selective…2 value my money!

Well, what happened when reading this book from my favourite author, the way she wrote seems that I can predict what shud be next and I lost the thrill. Ni bukan kisah cinta leleh, tapi cerita masyarakat. Dulu instead of motivation book yang aku baca, aku baca her novel as my own escapism. Tapi sekarang rasa macam susahnya nak jumpa buku yang aku melekat dari mula sampai habis. (Ayat paling halus aku nak cakap, buku ni takla best sangat)

Except the latest one yang aku baca-not from my fav author-Tajuk: Ayat-Ayat Cinta- satu novel terjemahan. Good book to read.( Bukan cerita cinta leleh ek…)

Tapi ada satu lagi, Nyanyian Tanjung Sepi-by Noor Suraya…bahasa dia indah.

Betul, bukan cerita cinta jiwang. Tapi cerita masyarakat.

Lain orang lain minat. Lain hobi. Lain ragam.

——————————————————————–

Tapikan, kalau persahabatan tercalar camna ek?

Diam kata orang elok untuk lebih berfikir.

Belajar untuk syukur dengan apa yang kita ada.

Seharusnya menghargai "Pesta Mengumpul Pahala" yang satu itu.

Bila kita menerima dan menganggap dia seperti seseorang yang boleh kita percayai untuk meluahkan, seharusnya dia belajar untuk menerima all of our stupidity, sorrow, happines by being by our side.

(Bukan Back Hand in return-statement ni ada plak yang bayang bukan2..hahahah)

Moral of the story, tak lama orang bertahan dengan kita. Jangan percaya dengan term sahabat sejati bawak ke mati senang di cari.

Lain kali dengar nasihat orang yang lebih tua.

"Kau kawan dengan Nora Mawaraty?"

-statement itu dalam & halus maknanya. Jangan menyesal di tengah jalan.

Sahabat sejati bawak ke mati one in a million. Nampaknya ujian itu dia tidak pernah lepas. Aku terusan menguji..

Kalau dulu pengisytiharan yang kait mengait dengan addicted, aku boleh je buang addiction aku tu. Seriously.

Bila kita tutup telinga dengan kata-kata orang, and orang itu cuba untuk menghukum kita hanya kerana "meluahkan", so terpulang.

Pengorbanan yang satu itu kau takkan paham coz u’ll never get the whole truth. Sapa nak bukak pekung di dada 100% kan. Masih ada lagi di simpan untuk diri sendiri. Supaya kelemahan itu tidak dijadikan senjata untuk menjatuhkan.

Kena *ulang2 baca Surah Ar-Rahman hari ni.

"Maka nikmat Tuhan mana yang kamu dustakan?"

Sebagai peringatan aku.Yang semakin jauh. Semakin lupa. Semakin cepat sensitif. Semakin cepat melatah. Perubahan hormon & sel penuaan rasanya. Apa pun age just a number my dear!

(*Terpengaruh ngan novel ayat-ayat cinta la ni)

(Buat Wanja…good luck for your KPLI..kalau Menna ke Miri..harap-harap ko ke Sabah le plak)

Bila HATI dah sakit!

Tuesday, January 9th, 2007

Insiden ini berlaku di kalangan satu kelompok manusia yang bersaudara.

Insiden 1

Mak Andak: Kau Long, dah lama habis Universiti, sampai sudah tak dapat keje tetap? Baik macam anak mak andak tak masuk U pun tapi sume keje gomen.

(anak-anak dia adalah PAR (Pembantu Am Rendah)sahaja, tapi disebabkan keje gomen, anak dia lagi bernasib baik dari Along yang tak kerja-kerja gomen walaupun dah hampir 5 tahun grad)

Along: (Dalam hati sahaja) Alah seposen pun aku tak  pernah duit kau. Aku tak keje gomen pun, kalau hidup tak menyusahkan mak bapak, lagi bagus dari orang yang dah keje bagus, or dah kawin pon masih bergantung harap kat mak bapak.

Insiden 2

Oteh: Kau ni bila nak beranak Long? Dah tua2 beranak rugi. Kau tua anak kecik2 lagi. Orang dah tua la nak relax.

Along: (Dalam hati sahaja). Rezeki tuhan tu kan lain2. Kau masa muda dok setinggan je anak kecik2. Aku masa baya kau, sumer benda dah dapat. Umah sumer dah ada.Berjalan merata. Rezeki anak tu Tuhan belum nak bagi lagi. Takkan aku nak terlolong2 meraung!Budus….

Insiden 3

Mak Andak: Dak Is tu, keje PAR pun girlfriendnya dokter. Nak jadik pakar urat saraf. Tapi tua setahun dari Is. Tak kisahla kan. Tunggu budak tu habis master.

Along:Ooo….(Dalam hati) Mang ai..dapat menantu dokter.

Insiden 4

Along: Ni la girlfriend kau Is?

Is: Kenalkan Long, ni Yati.

Mereka bersalaman.

Along: Yati belajar amik apa?

Yati: Kalau kerja u41 la.

Along:(Dalam Hati.Apa kebodooh budak ni. Aku tanya soklan lain, dia jawab lain.)La…dah kerja ke? Kata belajar lagi.

Yati: Kalau dah kerja la.

Along: La tadi lainkan soklan yang Along tanya. Cakap jeala bukan Along tak tahu.

Yati: Tersenyum.

Along: Yati tgh buat housemanship ke sekarang? Ke tgh buat master? Specialize in neurology?

Yati: (Muka Blurred). Saya tgh sambung degree dalam Physiotherapy kat UKM kak. Dulu amik Sains Sukan kat Uitm. Mana plak citer kata saya amik medic ni?

Along: La kata dokter.Tgh sambung master.( Dalam hati)Ek eleh mak andak citer kunun menantu dokter.Belum pass piksa pon budak ni lagi..nak jadik physio pun belum tentu.

Yati: Salah faham la kot.

Natijah dari Insiden 1:

Along menyampah nak pi umah Mak Andak.

Natijah dari Insiden 2.

Oteh masuk hospital kena TB along sikit pon tak datang melawat.

Natijah dari Insiden 3:

Heboh sekampung Mak Andak nak dapat menantu dokter.

Natijah dari Insiden 4.

Hahahha…along dah tau citer sebenar!

New Year New Me!

Friday, January 5th, 2007

Hope its not been too late for me 2 wish everybody Happy New Year kan?

I had a great 15 days since 24th Dec 2006.

24th Dec-25th Dec

P1010077 Dari KL ke Cameron Highlands with hubby & MIL.Jenjalan sana. Even ari tu dah gi ngan family, tak sama bila gi ngan hubby tercinta!

25th Dec-27th Dec

Kat SP. Kemas2 umah..tunggu semua adik beradik hubby datang. Masak n masak lagi!

28th Dec - 30th Dec

Lgkwi9Langkawi here we come! Jalan2 tepi pantai..mandi2 laut..jenjalan Langkawi.Totally a great family day!

31th Dec

Raya Haji with all the relatives kat Bedong, Sungai Petani. Waa..makan n makan..sampai bloated! Malam tengok bunga api dari umah je.

1st January

Happy New Year!!!..Sume dah balik. Aku tergolek tido dari pagi..tengok tv n makan cekelat beli kat Langkawi!

2nd January

P1010193_6 Lepak ngan hubby kat The Carnivall new water theme park kat SP.Best woo..ala2 mini sunway lagoon!

3-4January

Bz packing all the things..nanti senang nak pindah!

5th January

Malam dlm kul 8.30 on the way from SP ke Kajang. Singgah makan sume. Aku tido dari Juru-Tapah. Then s laki sudah ngantuk. So aku pon drive n sampai Kajang kul 1.15 pagi!