Archive for December, 2006

Banyaknya keje kita 22hb nih!

Thursday, December 21st, 2006

Dah janji nak nak siapkan order dadih yang Jimah nak Sabtu ni. Dia nak 300 flavour nenas & laici. Nanti Hafiz datang pick up.

———————————————————————-

Nak kena duplicate set kunci umah, sebab mama dah hilangkan set yang lagi satu.

———————————————————————-

Nak kena ingatkan Esther jangan lupa appoinment aku kat salon dia besok.

———————————————————————-

Petang nak kena siapkan hantaran cousin yang nka bertunang weekend ni kat Tampin.

———————————————————————-

Malam jangan lupa fetch laki tersayang kat Bus Stand.(Apsal la tak suh driver u je antar yang?)

———————————————————————-

So, selamat malam. Nanti weekend ni nka kena gi Tampin-then kena balik Melaka jap amik MIL and bawak ke SP.

———————————————————————-

Rindunya dengan bantal2 kita yang best kat SP tu…SP here I come!

Treasure Hunt Hujung Tahun…

Sunday, December 17th, 2006

Ooo…sungguh penat aku rasa semalam.

Kenapa? Semalam aku n the gang,(regular hunters) join another treasure hunt organized by Take A Break Events and sponsored by Sara Lee. For those yang dah biasa join thunt, this is the 1st time ever Taxi Hunt was organized. Capek Bangat!

Each group provided by a taxi & a driver. There is no tulips, just a direction from the marshall je. And the question need to be solved. Muaahahah…kot dapek driver taxi yang best n ngan sekepala, kira ok laaa…

P1010067_1Kitaorang? Dapat driver taxi yang terover nak tolong. Sampai ada sakit2 kepala kaki lutut aku nak menghadap dia!!!Tapi takpola..niat eh ikhlas agak eh. Yang jadik penat sangat bukan apa, nite before that kitaorang tgk midnite reramai citer CINTA.(2nd time for me & anem)..Ni sumer idea si Lela laaa….Gamble je pi OU..and balik dlm kul 2.30pagi..besok pagi2 dah kna attend briefing thunt yang started at 6.30pagi at Kelana Jaya. Gilos!!!

So basically the hunt from KJ-SS2 PJ-TTDI-Bandar Menjalara-Times Square-Sunway-KJ.

———————————————————————-

Tmes19Awal bulan November tu pon ada gak Treasure Hunt kat Times Square, organized by WWF. Tapi ni dalam building je taklah penat bangat!

OK guys..itu je updated news about me. This weekend  aku nak balik SP. Because my inlaws sumer nak dtg sana. My MIL nak balik Kampung di Bedong. Nak Raya Haji kat sana…Cau..Cin..Cau…

———————————————————————————-

Bawah ni Lirik Perpisahan by Anuar Zain-OST Cinta

Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama

Sering kala aku terlihatkan mu
Impian nan indah julang bahagia

Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara

Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu

Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu
Oh…oh…..
Yea…yea…..

Masih tercari-cari
Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu

**Dedicated to those watched CINTA and to those understood the meaning!

Dah tercapai laaa….

Friday, December 15th, 2006

Hehhehe…. Sebelum menulis lanjut. Satu je aku nak cakap. Jangan sibuk-sibuk! Suka sangat sibuk.

Kenapa? Aku takde gigi ke? Bersepah2 je aku rasa. Yang besar dari orang pon tentu arah la dah 2 batang, yang tak serupa orang lain pon berbatang2.

So? Kenapa mesti nak tanya apa nak jadik atau nak jadik apa? Kalau nak tau sebenarnya aku ni hanya berangan2 je dalam hidup. Nak kata bercita-cita? Uih..sungguh jauh benda2 tu dalam kepala otak aku. Aku berenti bercita-cita sejak result UPSR aku tak seperti yang aku harapkan. So, apa yang aku set dalam pikiran, live ur life to the fullest!

Dulu masa kecik2 aku selalu nak jadik aunty Hasnah. Bagi aku dia bukan wanita yang cantik sangat. Biasa2 je. Tapi dengan gaya dia, dengan rumah dia yang lawa, dengan baju dia yang cantik2, dengan makanan dalam fridge dia yang berlabel2,aku memang admire sungguh dia.Rumah dia memang bersih berkilat!

Dari aku darjah 5, umur 11 tahun…aku memang nak jadik dia. Jadik macam dia. Nampak macam sosial, tapi solat tak pernah tinggal. Kata Uncle Ariffin, prinsip hidup aunty Hasnah, makan nak sedap, baju nak cantik, jalan nak jauh!

Sapa diaorg ni dalam hidup aku? Masa aku duduk kat qrts polis dulu, Uncle Ariifin ni Komandan kem yang aku duduk tu. Uncle Ariffin ni baik dengan arwah papa. So secara tak langsung, mama pon baik dengan wife dia aunty Hasnah ni. Diaorang ada 4 orang anak. Ayong, Kak Aida, Kak Mila n Adik. Kami rapat sungguh macam adik beradik.

Dulu bila tengok aunty Hasnah bagi hadiah masa hari penyampaian hadiah sekolah, hari sukan sekolah, aku cakap dalam hati aku nak macam aunty Hasnah. Aku nak jadik orang2 yang penting. Boleh bagi hadiah time family day, hari sukan sekolah, hari penyampaian hadiah sekolah. Sungguh tinggi angan-angan aku masa tu.Tapi aku bukan berangan lagi, memang aku rasa itu cita-cita aku.

So, conclusion post aku hari ni, buat orang yang sibuk2 suka tanya apa nak jadik ngan aku….

Sila baca kenyataan di bawah!4 cita-cita utama aku…up to umur 28tahun. So, after this baru pk cita-cita lain plak!

AKU BERCITA-CITA NAK MASUK U…DAH TERCAPAI DAH.

AKU BERCITA-CITA NAK KAWEN LALU BAWAH PEDANG…DAH TERCAPAI DAH.

AKU BERCITA-CITA NAK JADIK MENANTU POMPUAN SORANG JE, TAKDE BIRAS POMPUAN..DAH TERCAPAI DAH.

AKU BERCITA-CITA NAK JADIK MACAM AUNTY HASNAH..DAH TERCAPAI DAH. AKU BINI OC KEM LAKI AKU KERJA. AKU SALAH SORANG YANG DIJEMPUT TIME BAGI HADIAH TAU!!!

(Ini antara cita-cita yang dah tercapai yang boleh dikongsi dengan orang..ada lagi cita2 yang dah tercapai tapi jadik hakmilik aku yang tak perlu orang tau!)

So…tolong jangan sibuk2!

Aku tak penah cita-cita nak keje best2. Dapat ok..tak dapat takpela..bukan joki den…

Sebab aku hanya punya cita-cita yang ini je setakat umur 28tahun ni..cita-cita yang lain tu..macam gi Mekah tu sume kewajipan. So Insya Allah..panjang umur murah rezeki aku tetap berusaha untuk menjadi tetamu Allah.

Aku suka kehidupan aku. Aku ada impian, tapi bukan aku tak nak cakap apa impian aku. Buat apa nak heboh2 kalau hasilnya takde. Biar dah tercapai dan aku puas dengan hasilnya!

Lagi sekali, di ulang..jangan sibuk-sibuk!

Yer aku kembali!

Wednesday, December 13th, 2006

Aku:"You nak tau yang, Jusco dekat umah mama dah bukak. Bayangkan bestnya dok sini. Gi Giant jalan kaki, gi Tesco 10min berkereta mm..gi Jusco pun dalam 20min je!"

Hubby:"Apa yang u nak cakap sebenarnya ni?"

Aku:"I rasa dok cni lagi best dari SP!"

Dia pandang. Tenung. Diam. Lipat-lipat baju yang nak dimasukkan dalam beg.Tarik nafas panjang-panjang.

Aku sibuk mengeluarkan lens kaler chestnut dari bebola mata.

Hubby:"I ingat, u pindah la balik dok KL. Biar I je dok mess je kat sana. Bukan apa, next year I ada OC course, 3 bulan gak. Kat PD lagi. Tak campur ngan course2 lain yang I kena pi. Sian u,"

Aku toleh. Jatuh lens aku. Dalam ati suker gilaks!..

Aku:"Eh, takpe ke? U bayangkan la, apa kata mak u nanti.Sorang utara sorang selatan. Dulu I dah cakap, I tak nak ikut, U suh gak. Sekarang dah pikir abih ke?"

Hubby:" Dah. Tapi dengan syarat u kena keje la.Isik masa lapang u.OK?"

Aku:"Bagila I carik keje dulu eh. Nanti dah ok sumer, baru pindah barang. Carik umah sewa dekat2 umah mama jeala…"

Hubby:"Ha ah. Orait.Dah tutup lampu. I nak tido ni. Suka la tu, dok KL balik!"

Aku:SENGIH!(Suka gila…suka bangat…suka sesangat..gelak..guling..gelang..guling..melompat2!!!)

~~To my hubby..TQ..TQ..TQ…for letting me to be here.

Being away for us is something routine. So nothing much to say. As I do understand your career and do believe that, this is the best for us.Lantak pi orang nak cakap apa, kita je tau apa yang terbaik untuk kita. Orang senang nak cakap, kata yang buruk2, pikir yang buruk2 pasal kita.

Let everything to God, as we pray for the best!~~

Cinta,Cinta & Cinta Lagi!

Tuesday, December 5th, 2006

Dah tengok CINTA?

Alah citer yang baru tayang kat wayang 30 November baru ni. Alah promo gila punya baik kat TV menyebabkan orang yang dah lama tak tengok wayang pun teruja nak pi tengok wayang tu.

Alah yang sket2 video clip soundtrack dia kuar kat TV3 tu..Hah tau kan?

Aku dah gi tengok ngan kawan aku nama dia As. Alah yang tokey lembu tu. Tau?

Bila?Jumaat lepas. (Hari di mana Jim selamat menjadik suami kepada Ju…waaaaaaaa).Kat Midvalley.Sebab aku nak tengok time waktu opis hour, jadik aku kena semawa As je, sebab dia sorang je kawan aku yang takde opis hour yang official. Opis hour dia ikut suka dia je.

Aku suka review orang2 yang dah tengok cinta.

Sumer kata sinematografi dia cantik. Kalau longkang belakang umah aku dia amik gambar and jadikkan shot itu dalam citer cinta..hahahah…confirm..korang nak sangat pi kat longkang belakang umah aku!

Kata orang Cinta umpama 5 iklan raya Petronas yang hebat dan di susun di dalam satu filem, maka menariklah filem itu di mata sumer orang.

———————————————————————————-

Tapi cerita Cinta di mata aku?!

a) Biasa je. Tapi sinematogafi dia memang cantik..sweet sangat shot2 yang dia amik!

b)Lagu dia pon terbuai2 perasaan je tengok..syahdu..

c) Aku paling suka tengok Rahim Razali n Fatimah Abu Bakar..so touching!

d) Yang lelain korang tengok je the making of Cinta kat TV..pastu tambah imaginasi korang ngan dialog sendirik…sama je!

Moral yang paling melekat kat kepala aku lepas tengok cinta:

a) Pompuan mengandung jangan tendang telefon awam, nanti keguguran!

b) Pompuan mangandung jangan gantung apa2 nanti mesti jatuh!(Gunakan paku yang betul)

c) Jangan bercakap masa komuter lalu, if u said I love U pon, orang tak dengar..sia-sia jek!

d) Jangan proposed awek dalam ERL dgn cincin berlian batu setongkol, jika anda di reject..kompem makcik yang duduk depan awek anda tadi akan meng offerkan anak2 daranya di rumah!

e) Jangan minum air dalam kedai buku, nanti awek cashier tu marah!

f) Janganlah jadik baik sangat..keje orang pon kita nak tolong buat!

g) Jangan bercinta dengan Khalif!

h) Rumah setinggan pon cantik bila dalam Cinta!

i) You are not my type..ketahuilah ini ayat yang paling baik untuk  mengatakan..I want us to divorce!

j) Kita mesti optimistik!

k) Isteri bukan hakmilik..tapi anugerah!

Lagi2 review tentang Cinta pergi http://assisam.blogspot.com