Archive for August, 2006

Selamat Hari Merdeka

Tuesday, August 29th, 2006

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Nanti merdeka besok aku on the way balik KL.

Dok umah mak aku sampai early December. Meaning I’ll be away from SP for 3 months.

Congak-congak campur tolak hari dan masa tahun 2006 ni…aku rasa hidup aku macam takde arah je.

Yeala…baru pindah 3 bulan dok sini, baru habis mengemas barang pindah umah, aku balik KL balik, dok dr bulan 5-7 sebab hubby ada course kat Gemas.

(Kata orang, bila jadik bini askar kita kena bersedia untuk uncertainty, yeala mana nak predict bila perang kan?)

Then, balik sini sebulan…lps ni Sept-November aku balik KL balik sebab hubby ada course kat PD….kadang2 aku tak nampak pon apa purpose aku hidup.

Nak kata aku kerja carik duit?Aku sekarang dah jadik homemaker. Bila nak keje kat cni…laki aku manjang takde je..dia tak nak aku dok sorang sini..so suruh aku balik KL. Bila aku balik KL…aku dok umah mak aku je, mak aku pon mula la…berkhutbah…

Ko ni apa nak jadik? Dahla tak beranak, tak keje plak…

bla..bla..bla…(rasa nak nyanyi kat mak aku…"Ibu mengertilaaa…aku sengsara"..)

Sampai satu tahap aku rasa useless sangat.

Tapi takpela…mak aku bising ngan aku sebab dia concern ngan aku. Biarla dia nak membebel pon. Aku tak kisah dah. Dia cakap aku dengar. Jangan balas. Diam je. Lama-lama mak aku pon diam laaa….

Aku pernah baca blog sorang kawan, kenapa dia kena kerja. Dia cakap sebab dia mmg tak boleh jadik homemaker to do all the routines everyday. Dia cakap tu bukan dialah…

Aku?AKu memang suka dok umah. Aku memang suka buat sume benda kat umah ni. Aku memang suka masak. Jadik aku rasa hidup aku aman dan damai je.

Aku boleh buat apa yang aku suka. Hari2 jarang benda yang sama aku buat. Basic2 macam  sapu umah,mop, masak tu biasala…tapi aku ada my own schedule yang aku tau apa yang aku buat. Aku sentiasa ada senarai resipi baru yang nak dicuba.

So next year, I’ll be the new me.

Aku dah register some language course. (Untuk carik kawan baru kat sini) and maybe ada rezeki aku nak amik Early Childhood Diploma kat OUM. Saje…mana nak tau, benda ni aku boleh apply in my daily life and pada yang sama, bila aku balik KL nanti, dok KL balik…I’ve something on mind.Tak kisahla…

Kalau orang nak cakap aku poyo ke apa ke, aku rasa ni blog aku. Suka akula nak tulis apa.

Kata kawan, kau berani untuk beritahu sapa kau, bagitau apa yang kau buat. Orang yang cakap kau poyo, diala manusia pengecut sebab dia tak berani nak tulis blog and share life dia ngan org yang baca blog dia, dia jealous sebab dia tak dapat apa yang aku dapat. Dia tak boleh nak cerita yang muluk-muluk pasal diri dia sebab dia memang tak best.

Pedulik kata orang kalau nak kata aku poyo pun!

Buat orang yang cakap aku poyo tu, merdeka kan la attitude tu…

Happy 28th Birthday To Me!

Sunday, August 13th, 2006

Well..nothing much wanna say:

HAPPY 28TH BIRTHDAY TO ME!!!!

p/s http://mawaraty.fotopages.com

See my pic there..so malas nk tulis!

Kosong

Thursday, August 10th, 2006

————————————

Kosong.

Iya, aku rasa kosong. Adakah aku cuba berlakon untuk mengatakan aku sebenarnya tidak kosong?

Aku punya dia dan aku bahagia dengan dia. Ini bukan cakap kosong, kerna aku tau dia yang terbaik pernah berlaku di dalam hidupku.

Adakah aku terasa jiwa yang kosong? Sekali lagi aku terpaksa mangatakan tidak kerna jiwaku dipenuhi dengan kasih sayang dia, keluarga dan teman-teman sekelilingku.

Namun rasa deria yang 5…(tapi lately aku rasa aku punya lebih dari itu)…aku terasa kosong.

Bukan kosong kasih sayang, perhatian, pengisian jiwa, tapi aku terasa ada lubang yang membentuk bulat kosong dalam diri aku. Tapi di manakah rasa kosong itu sebenarnya?

——————————————————

Takpela….jom main sudoku. Dalam tu takde kosong, ada 1-9 je no dia!

Ingat Senang ke-Part 2

Tuesday, August 8th, 2006

—————————————————————–

Bila aku cerita pasal kebersihan ada orang cakap:

a) Tak baik tau kau ni,tah2 ada yang terasa dengan apa yang ko tulis

b)Kau ni takde citer lain ke? Jamban plak kau nak citer

c)Aku tau la umah kau bersih..tapi tak payahlah citer dalam blog.

——————————————————-

Aku cuma nak emphasize beberapa perkara yang orang tak nampak

a) Kebersihan tu tiang agama. Macamana kita mengadap Tuhan, kalau kita pengotor?

b) Kebersihan tu kan bagus. Boleh elak macam2 penyakit?

c) Bukankah, rumah yang kita duduk tiap2 hari tu melambangkan peribadi penghuninya?

——————————————————

Di samping aku menulis dalam blog, untuk peringatan pada sapa2..tapi ini sebenarnya cabaran buat aku jugak.

Cabaran untuk aku lebih berdisplin dalam menjaga rumah aku yang biasa2 ni. Supaya aku lebih serupa bikin dengan apa yang aku cakap.

Aku bukan apa, aku pernah muntah bila masuk toilet rumah orang. Since that, aku displinkan diri untuk membuang ‘hajat’ aku di rumah sahaja sebelum keluar ke mana2. Melainkan terpaksa sahaja baru aku mengunjungi tempat-tempat awam.

Sesungguhnya tahap kebersihan setiap individu itu jua berbezakan?

Mungkin orang cakap, apa yang dia buat dah cukup bersih. Tapi bagi aku belum lagi. Whatever la…so terpulang.

Apapun…jangan lupa flush jamban anda!

Ingat senang ke?

Sunday, August 6th, 2006

Perbualan berlangsung di salah satu mess nite yang aku hadiri.

Aku: Nora (menghulurkan tangan bersalam)

A:**ya (tersenyum)

Aku: Dari mana?

A:Kuantan. Nora kerja?

Aku:Tak, dulu kerjala.

A:Eeeiii…tak boring ke dok umah?Kalau akak lah mati kutu. Akak tak pernah kerja. Bosan tau dok umah. Itu yang akak aktif BAKAT.

Aku:Tah, saya tak tau nak bosan masa bila.

——————————————————-

Cuba cakap bila aku nak bosan?

Ni belum ada anak…kalau ada anak, aku tak de masa nak bosan agaknya.

Bangun pagi, macam2 kerja dah aku buat.Dari lap habuk,sapu sampah,mop umah,basuh toilet, basuh simen depan,cuci longkang.

Itu tak campur kalau hari aku mendobi. Mana yang basuh tangan, mana yang kena rendam, manakan uniform laki aku..sumer kena asing2. Kalau dah basuh, jemur, lipat & simpan.

Kalau hari tukar cadar,(seminggu sekali), lepas kering cadar yang basuh sblm simpan dlm almari kena gosok dulu.

Kang kalau kemas dapur, kena kemas fridge sekali. Lap segala benda.Basuh tong sampah…

Tak campur ada hari2 dlm seminggu yang aku lap cermin tingkap satu umah,sapu sawang…jemur carpet…jemur bantal…

Bila nak amik angin sikit, start engine keyte gi la jalan-jalan jap kat kat SP ni.

Kalau kena masak, ha..lagi tak menang tangan aku.

So, bagi tau aku sikit masa bila dok umah ni nak boring?

Ada masa tengok TV, masa berinternet sesuka hati,rasa nak cuba resipi baru, nak buat kuih.Aku rasa masa aku sentiasa terisi bila kat rumah ni.

Orang takkan percaya kalau aku cakap even hanger baju dlm wardrobe aku pun aku susun ikut kaler…ikut jenis baju…cara lipat baju or kain or cadar aku pun aku sorang je yang tahu.

Dan yang penting..aku suka dok umah..sebab aku boleh buat kerja ikut masa aku..ikut suka aku….yang penting umah aku sentiasa cantik bersih dan wangi!

Home is where the heart is!

—————————————————–

Last but not least aku sungguh tak paham…

a) Ada orang tu, rupa cantik nak mampos, kalau keluar dressing ya Allah…tapi bila datang umah dia apasal berkeladak?

b)Ada orang cakap dia busy kerja, takde masa nak kemas umah, tapi bila aku dtg umah dia time weekend, kenapa umah kena bersepah? Lantai melekit2 penuh sampah? Gilo apo?Kalau weekdays aku consider la…ni weekend…takkan ko tido je dari pagi sampai petang?

c)Ada orang, toilet bowl macam jamban bus stand….korang memang main berak je ke?Tak pernah pk nak basuh toilet bersih2..kilat2..bagi wangi?

d)Ada kes plak jadik ustaz or ustazah…tapi umah?Masya Allah….nak muntah aku. Lagi2 bila masuk toilet…buta ke apa?Kalau setakat pandai cakap..berkelubung dengan tudung labuh2 stokin bagai..tapi hidup pengotor apa kejadah?

e)Ada orang nak gi kerja…tempat tido pon boleh tak kemas..selimut tak lipat..main bangun…mandi..siap anak…terus blah gi kerja…adus…makin aku tak paham!Balik kerja, mandi2 sambung berkubang kat tmpat tu balik!!!!

f)Aku faham org cakap, kau mana tau..ada anak kecik ni susah.Well kalau adik aku ada anak kecik yang sungguh lasak..dia pon bekerja…dan adik aku memasak tiap2 hari…dia takde orang gaji…tapi umah dia bersih gila…

Sekarang cakap?Apakah alasannya?

Nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Attitude tu kena berubah!!!!

Kenapa aku suka OGOS

Wednesday, August 2nd, 2006

Pathetic yea?

Memang pathetic…

Sebab utama:

a) Aku lahir bulan Ogos..so aku memang suka sangat bulan ni dan aku rasa bestnyer lahir bulan Ogos!

b) Dari mak, adik aku, anak buah aku, nenek, sepupu sepapat, anak2 diorg..sumer majoriti lahir bln Ogos…so kalau sekali birthday celebration memang meriah giler…

c) Dalam surat A&R aku, aku di awardkan degree in BBA based on Senate meeting on birthday aku…so Ogos gak kan?

d)Bulan ni..Mega Sales………hahha..walaupun aku dok jauh di SP…tapi aku dah gi dah IKEA,Sogo,KLCC,Midvalley…sempena mega sales bln Ogos…walaupun aku gi last wk..belum masuk Ogos lagi..tapi kira meraikan nya la kan….hahahaha.