Archive for June, 2006

Sepetang Di KLCC

Thursday, June 29th, 2006

P6280023 Semalam. Tido free di Mandarin Oriental hingga hari ini.Maka aku melepak2 di KLCC setelah melantak dari breakfast hingga ke hi-tea di sini.

Ooo..duduk di tepi lift depan Bodyshop.

Kata aku dalam hati

Lihat A:’Kaya ke orang tu?Beli beg Furla macam beli berus gigi’

Lihat B:’Mmm..keje apa la dia ni. Banyaknya shopping’

Lihat C:’Orang arab ni shopping macam semua kat kedai ni jual benda rega seposen je’

Lihat D:Ooopppss..tak lihat yang ni dengar.Sebab dok sebelah:’Dia tu memang memilih kawan, kau tak tau ke? Suka backstabbing?’

Lihat E,Dengar F,Lihat,Dengar,Lihat, Dengar….Ooo..kepalaku pusing.

Ramainya orang di KLCC.

Bangun. Jalan lagi. Tengok ’sale’ merata2!

Try 2-3 baju perkenan dihati tak muat.

::Gemukkah aku?::

Destinasi akhir:Kinokuniya.

Motivation books:Aku kerut & Senyum

Self Enrichment:Aku senyum lagi.Amik satu {Women who love too much}

Fiction:Senyum

Travel:Ooppss!Langgar orang plak.

Novel:Capai terus 2 buah.

Bayar.

Terus balik bilik.Bukan badan yang penat tapi mata & telinga aku yang penat hari ini.Kulihat warna warni KLCC.

Mmm…besok harus kupergi lagi!

Muka bersepah..

Wednesday, June 28th, 2006

Satu petang di Tesco Sungai Petani:

Aku:Yang I rasa budak yang jual TMNET tu..i kenallah..

My Asben:Ni kat SP pun ada kawan u?

Aku:Ha ah..I nak tegurlaa..dia junior tak salah.

Budak A:(Senyum)

Aku:Adik UIA dulukan?

Budak A:Ha ah…

Tukar2 citer tapi aku pun tak tau nama dia apa.

Di Pizza Hut Sungai Petani

Aku:Cutenya budak pompuan tu yang…

My Asben:Mana?

Aku:Tu…(Tiba2 mak budak tu meluru kat aku)

Mak budak:Eh akak ni Kak Nora kan?

Bla..bla….junior aku msa sekolah rupanya.

Sewaktu di Maju Junction

Aku:(Dalam hati:Macam kenal minah ni)

B:Oooii!Ni N kan?Apa khabar?Kat ne sekarang?

Bla..bla…oo kakak masa aku practical dulu.(Satu opis panggil aku N masa tu)

Sewaktu di test KPLI

Sedang aku berjalan menuju dewan.

A:Nora..nora…

Aku:Eh!Kau..apa khabar..

Bla..bla…

Masa nak balik plak..sorang lagi.

B:Ni Nora kan?

Aku:Ha la kau dah tak knal aku ke?

Bla..bla..end up aku antar dia balik umah.

Satu petang di Alamanda.

Mak aku:Kak orang tu lambai kat kau.

Aku:Takla..tah sapa tah tak kenal pon.

Mak aku:Dia datang sini laaa

Aku:Laa..kau ker…

Satu lagi insiden di Alamanda.

Aku:Yang, kawan I tu

My Asben:Ni nak tegurla tu.

Aku:Mehla..(dan meluru pergi)…

Bla..bla…dia nih kawan aku msa UIA.

Kenduri Eliza…

Mmmm..ramai gak la aku jumpa orang….

A:Kau dah gemukla

B:Kau macam mak datin laaa

c:Eeeeiii..lamanya tak jumpa…..

Di Jusco Melaka:

A:Yang..I rasa I kenalla budak tu.

My Asben:Huh kawan dia saja.Gi la tegur…

Bla..bla….kawan aku jumpa masa aku assesment kat SP.

Petang semalam, di kedai wardrobe.

Amoi:U keje mana?

Aku:Kenapa?

Amoi:Muka u so familiarla..biasa nampak.

———————————————————–

Mmm..bersepah sangat ke muka aku ni?!Wat everlaaa….

Mulut celupar, Laser..bla..bla..

Monday, June 26th, 2006

Satu hari di Tesco

A:Cepatla letak barang kat kaunter

B:Japla..nak asingkan dulu mana barang basah ngan kering.

A:Bisingla mulut kau ni macam pantat ayam.

Ini dipanggil apa?Mencarut ke?

Satu hari di kenduri kawin.

A:Lama tak jumpa makin gemuk kau yea.

B:Mmm..senang ati.Kau pun apa kurangnnya.Eh tengok C tu, dah la tak berapa nak lawa, pakai plak baju macam tu..alahai(tiru Farhan AF4)

A:Huish..kau ni dari dulu tak sudah2 dengan laser laa….

Ini?Laser?

Satu hari di KLCC

A:Ooooiii…sial betulla pompuan tu main langgar je aku nih..tak nampak ke?

B:Mm…tah celaka betul.Habis ngan aku2 sekali dilanggarnya.

Ni apa?Celupar?

Arghh..aku pun tak tau….

Tapi yang aku tau..baru2 ni orang jumpa aku dan cakap..

D:Kau ni dari dulu tak sudah lasernya…

Apa maknanya?

Hanya kerana dia bertanya aku caman rupa lakinya dengan pengantin. Aku cuma berkata benar dan berkata..

Aku:Laki kau memangla hensem, tapi dah nama pengantinkan nampakla pengantin tu lagi hensem dari laki kau…

Dia:Mmm..kau ni..laserlaaa…

Tak paham..tak paham..tak paham..what everlaaa…

Biarla hatimu berbicara…

Thursday, June 22nd, 2006

Sahabat akhirnya kau tahu..akhirnya kau faham..selama ini yang ingin aku sampaikan pada dirimu.

Tidak mudah selama ini menzahirkan apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hanya aku yang memahaminya..dan buat saat dan tika ini jika kau jua sedang merasainya..aku harap kau tahu apa yang aku rasa.

Tapi sahabat aku telah berhenti untuk melihat bintang yang pernah aku harapkan kerana aku telah menguatkan diriku untuk mengutip semula kekuatan yang telah aku hilang.

Aku telah sedar dari lena yang panjang dan berhenti untuk berkata mungkin.

Ini yang telah Tuhan takdirkan dan aku berharap kita bertemu sinar yang kita harapkan walaupun kita dunia kita berbeza.

——————————————————-

Petikan dari ’sesuatu’ yang sedang aku usahakan…trying hard to be published by this year…

What a wonderful life!

Tuesday, June 20th, 2006

*I got this from my buletin board.

Berfikir sebelum mengeluh

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang
tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat
berkata-kata sama sekali.

(Should remember this always-checked)

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari
makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya
apapun untuk dimakan.

(Waaa…alhamdulillah atas nikmat Tuhan aku masih cukup makan malah terlebih makan-checked)

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta
dijalanan.

(I got almost everything..so jangan komplen byk2…checked)

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada
keadaan yang terburuk di dalam
hidupnya.

(Gosh..I did thought once in while…shud slap myself 4 thinking like this..insaf..checked)

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon
kepada Tuhan untuk diberikan teman
hidup.

(Hardly mengeluh..so I was lucky & hope for those are still searching..will meet their soulmate..checked)

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal
terlalu cepat.

(Oh…this is the thing which I always put on my mind..checked)

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin
mempunyai anak tetapi dirinya
mandul.

(No kids yet..and not confirmed to be ‘mandul yet’..just have no luck or rezeki..so those who have kids..sendiri mau ingat haaa…checked)

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor
kerana pembantu tidak
mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal
dijalanan.

(Mmmm…no komen…sebab umah tak pernah kotor sebab aku sendiri amahnya..cuma bila tengok rumah orang lain kotor i just wondering..they maybe trying hard to feel like how being homeless & living in street…muahahaha…checked)

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang
pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat
yang berharap mereka
mempunyai pekerjaan seperti kita.

(betul….checked)

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan
orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak
berdosa.

(Arghh..shud marked this on my mind..checked)

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam
kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan
bahawa kita masih hidup !

(Alhamdulillah i have a wonderful life..Thank God!)

Cita-cita

Sunday, June 18th, 2006

Last 2 week aku dapat 2nd interview PTD. Tapi aku tak pergi. Mak aku marah sungguh dengan aku. Aku buat bodoh je.Laki aku macam biasala…

‘Yang I sokong apa yang you rasa terbaik untuk diri you. Kalau you tak nak, I tak boleh paksa’

Aku bukan tak nak pergi. Tapi aku dah takde hati. Aku pun dah buat 2-3 kali solat istikharah.Still hati aku berat nak pergi.Lagi pun aku pikir-pikir balik, kenapa aku nak jadi PTD? Aku sendiri tak pasti..Setakat nak keje gomen, job security..matikah aku kalau tak keje gomen? Kebulurkah aku?

                           Kata orang ikut rasa binasa ikut hati mati.

Tapi, bagi aku tak salah aku ikutkan rasa hati aku bila aku sendiri dah mintak dan mohon petunjuk Tuhan yang Esa.

Aku ada cita-cita. Cita-cita aku mungkin tak setinggi orang lain. Tapi aku ada cita-cita yang belum aku capai. Satu hari bila aku dah capai cita-cita aku tu, akan aku war-warkan dalam blog aku ni.

Walaupun cita-cita aku bukan sehebat orang lain, tapi cita-cita aku adalah impian aku dari aku Darjah 2 lagi.Sekarang aku sedang mengumpul keyakinan, kekuatan, serta segala yang berkaitan demi mencapai cita-cita aku!

________________________________________

Semoga aku dapat mencapai cita-citaku yang satu ni!

Tegarkah aku?!

Tuesday, June 6th, 2006

P6030063Oooo…lihat gambar yang blur ini.

(Nampaknyer kamera aku tiba2 buat hal).

Mmm..kenapa yek?

                   

Date: 3 June 2006

Venue:  Umah ex-bf (’Dia 3′-rujuk previous post ada aku ceritakan pasal ini)

————————————

Bila aku bagi tau kengkawan aku yang aku pergi wedding ex-aku sumer cakap, kau dah giler?

Hai tak boleh ke? Nak meraikan Hari Bahagia orang yang pernah aku sayang?

Aku tau dia pun tak expect aku datang as dia called aku jemput pun, dia siap pesan kalau boleh jangan datang. Takut mood dia ruined.Dah tu at the first place kenapa jemput aku kan..kan…

Aku sampai dah petang la..sempat jumpa Bajang & family. Aku tengok ex-aku sedang ambik gambar kat pelamin. Oo..sungguh merah hari itu.Mukanya lagak tekujat seperti nampak hantu kaler oren apabila aku dengan selambanya berdiri di depan pintu dengan kotak hadiah aku yang besar itu!

Aku tak bercakap langsung ngan dia just ajak bergambar.

(Oo..aku sempat bersalam n peluk cium bini dia and wish Congratulations!)

Hahahah…at least aku realisasikan impian aku ngan dia nak dok kat pelamin sekali kan?Walaupun ngan laki & bini masing2…So impian sudah jadik kenyataan!

Hadiah?Sudah tentu aku bawak.Apakah hadiahnyer?Biarla pengantin baru itu sahaja yang tahu.

Penerimaan family?Sejak dalam kereta, aku bayangkan aku bakal menjadik kera sumbang. Takde sapa yang akan kenal aku.Almaklumlah..siapala aku di mata mereka.Or buat2 tak kenal. Tapi alhamdulillah…sume yang kenal aku datang menderu berpeluk cium salam aku…Sungguh tak kusangka.Ibu, adik beradik, sepupu sepapat & makcik2 dia senyum dan ramah berjumpa aku. Nampaknya mereka dengan redha menerima ketentuan Tuhan yang aku ngan dia tiada jodoh!

Apapun korang nak cakap..orang nak kata..tapi aku tetap aku. Aku tak rasa aku salah..lagi pun berani kerana benar..takut kerana salahkan.

Dia pernah hadir dalam hidup aku selama 5 tahun..salah ke aku nak meraikan hari bahagia dia. Walaupun at the first place..mau 10 kali jugak aku pikir dengan apa yang aku nak buat.Bergelodak jugak perut aku yang sedikit buncit kini!

Nonsense! Bila orang cakap kita dah putus kita nak buat musuh.Kenapa tak sanggup nak tengok ex-kita kawin ngan orang lain?Orang cakap kes aku ni lainla..sebab aku dah kawin aku berani datang. Alah..what is past is past la…dia tak nak kat aku(perlukah kuceritakan segalanya?oo..tentu tidak!)..aku kawin la ngan orang lainkan…so no big deal!

Sedih?Tahla…takde perasaan..cuma terharu sikit sebab family dia kenal dan tak lupa aku.Apapun aku nak tengok aku berani tak, nak face my biggest fear kononnya.Yealaa..aku nak tengok aku sanggup tak tengok dia bersanding ngan orang lain..Oo..rupanya sanggup je aku nih!

————————————

—————————————-

Kalau aku sedih pon..takkan nak tulis kat sini kan..

Kalau kita bercinta sebenarnya secara tidak langsung kita telah memberi hak untuk dirinya melukakan hati kita..begitu jua sebaliknya. So dia pernah lukakan aku..aku pun pernah lukakan hati dia..so fair & square..aku dah kawin & bahagia..semoga dia pon begitu!(Ikhlaskah aku?!)

—————————————–

Quote for the day;

"Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. (Even we know that it took seconds to fall in love & took forever to forget but…)Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. "

—————————

Sadaqallah…