Archive for May, 2006

Sapa punyer keje…

Wednesday, May 31st, 2006

Ha..aku tak tau sape punya keje send Caller Ringtones Mungkir Bahagia kat aku..

Ngaku la weh!

Akhirnya…

Monday, May 29th, 2006

Tepat jam 8.00 pagi, Jumaat, 26 May 2006, nenek aku telah menghembuskan nafas yang terakhir setelah berada 2 minggu di CCU Hospital Selayang. Kami sekeluarga merelakan pemergiannya.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Kampung Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.

Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama roh orang-orang beriman.

Al-Fatihah

………

Pedih & Pilu.

Akan kutempuhi dengan tabah.

Kadang-kadang setiap yang Tuhan takdirkan tersirat dengan sesuatu.

Gugurla air mata kalau itu yang kau mahu..luahkan pedih di hati untuk dua kesedihan ini.

………..

Aku kini pasrah.

No more blues

Wednesday, May 24th, 2006

I do believe.

———–

Let the rain come down and wash away my tears

Let it fill my soul and drown my fears

Let it shatter the walls for the new sun

———-

"Allah answers prayers in three ways:  He says yes and gives you what you want, He says no and gives you something better or He says wait and gives you the best in His own time."

Late at nite, I’ve made a lot of promises to myself..no more sadness no more ‘gile meroyan’ no more nangis2…even my heart keep saying that I’m lying! But till the end of my life, I’ll remain silent and stay as what I am today…try to be a better person.

Insya-Allah.

________________________________________________________________________

Kembalikan diriku!

Kalau terasa nak muntah..meluat 2-3 hari nih baca post aku..sowi la yek..aku memang cam gini. Ada hari2 yang aku akan miong & bengong…Tapi sebab kebengongan & kemiongan aku kali ini agak sukar untuk aku dedahkan. Maka lahirla..luahan perasaan aku yang jiwang.

Pesan Wanja.."Let it go Nora"…

Dalam Blues II

Tuesday, May 23rd, 2006

…..Tulisan di bawah adalah hakmilik penulis. Jadi sebarang komen serta pertanyaan tidak sama sekali akan di layan!……….

__________________________________________________________________________

Stucked in the middle of no where!

Everything seems blur..lonely…undefined!

Confusing..lost in pain.

I’m not asking why..too tired to ask why..might be this is the hikmah that i’ll see…

Please God help me!

I still can feel the pain inside me..seems hurt and hurt me again and again…let the tears burst to show my sorrow & everything that can’t be describe by words.

Learn to forgive & forget..which is hard for me to do it.Let it go..slowly..

Time will tell..no more hopes no more promises.

Let it be just like that!

____________________________________________________________________________

Mampukah mencapai bintang sedangkan sinarnya makin malap ditelan siang?!

Ya Allah..aku mohon ampun atas dosa-dosaku.Aku sendiri rasa tidak mampu untuk mengharunginya lagi. Tapi aku yakin dengan apa yang Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku!Aku akan terus bersabar dan bersyukur dengan suratan.Amin Ya Rabbal Alamin……..

Dalam Blues..

Tuesday, May 23rd, 2006

Location: Taman Jenaris 2, Kajang

__________________________________________________________________________________________

Perasaan:

2-3 hari nih ati raser sedih..raser tak sedap..raser pedih..uhuk..uhuk..sindom miong aku dah datang kembali.

Rindu? Benci?…Aku pon tak reti nak cakap apa.Waaaaaaaaaa……

______________________________________________________________________________________

Cuaca:

Mendung..semendung hati aku yang tak keruan. Apakah petanda ini?

______________________________________________________________________________________

Lagu Tema:

Sumer lagu2 yang berunsurkan frust..sapa send kat aku lagu Mungkir Bahagia?Buduh..aku tau laaa…sapa aku..tapi sapa cepat dia dapatlaaa…

_____________________________________________________________________________________________

Conclusion:

Aku tak takut menghadapi realiti. Tapi aku sedang kuatkan hati untuk menghadapi kehilangan. Semakin jauh…antara kita biarla rahsia.Aku sendiri keliru!

Cerita-cerita hujung minggu!

Monday, May 15th, 2006

Banyak sangat benda yang berlaku di hujung minggu nih..

First of all..Happy 2nd Annivesary to both of us..(me & hubby)….on 14th May..sama lak ngan Mother’s Day..so Happy Mother’s Day mama…

Celebrate?

Aku weekend nih dok melepak kat hospital..why?My old granny tetiba masuk ICU..

Jumaat tu aku plan nak balik kampung ngan mak aku.Then, tetiba petang tu Pak Long aku tepon dia cakap nenek tepon dia suh bawak datang KL. Tak pernah seumur idup nenek aku dia offer diri sendirik nak dtg KL.

Malam sabtu tu dia kena muntah-muntah & cirit birit..Pak Long bawak gi clinic terus admitted to Hospital Sungai Buloh.Critical..bawak gi Hospital Selayang.Masa tu ada aku,Pak Long, mak aku..oo..termasuk laki aku pon ada..Masuk CCU (Coronary Care Unit)..nenek aku OK lagik.Siap borak-borak ngan aku macam-macam cerita.

Tapi tepat kul 4 pagi on 14th May dia nazak..and koma till now.

So end up..my wedding annivesary tak celebrate pon n hidup aku berulang Kajang-Selayang this few days.

Pemandangan biasa. Maybe sebab aku dah pernah jaga arwah papa aku kat ICU dulu, sampaikan aku raser biasa, tak heran dah.Tengok macam-macam drama kat ICU.Kejap-kejap orang ni meraung-raung, pengsan bila ahli keluarga dioarg yang kritikal tu meninggal dunia.

Kesian?Mmm..aku memang heartless sikit. Apa yang aku bleh cakap, itu bahagian masing-masing. Aku pun dah raser dah..last 4 years..gone through everything..

So after all, hidup mesti diteruskan…

Buat nenek aku yang terlantar kat hospital tu, andai masa dia dah ‘tiba’ kami semua merelakan. Sebab doktor pon dah cakap takde harapan. She really depending to the life machine…sekarang hanya menunggu segala qada’ & qadar yang telah Allah tetapkan.Dia pun dah 84 tahun, dah bercucu & bercicit…mungkin masanya telah tiba..Wallahu’alam!

Kenapa ya?

Wednesday, May 10th, 2006

Bicara hati seorang teman..

‘Aku tak paham kenapa dia nak share & nak cerita sumer benda ’bout her dengan orang.Why she need to share with the whole wide world?!’

She here refer to me. Dia kata heran kenapa aku ada blog. Kenapa aku nak kena share ngan orang all the stuffs, things, memories, my stupidity & all every single things ’bout me. Because she believes that a lot of things which is related to our lives should be kept unspoken or kept to ourselves & share it with the loves one not the whole world!

Aku cakap, suka aku laa…hahahha…why bother kan..kan..people can talk and give their opinion. Me & my circle of friends enjoy doing it. For me this is the only way to share things ’bout me.Which i didn’t need to call up or sms everybody to update things.After all i’m not writing all the ‘kelambu things’ here..duhhhhh…

For those yang baru terbaca blog aku..baru nak berjinak-jinak ngan blog aku..baru terjumpa blog aku..baru browse blog aku and suddenly..eh..budak nih aku kenal…well..things to be clarified here..this is my blog..my territory and suka aku laaaaaa…heheheh.^-^

Sebab ni blog aku..aku boleh tulis macam-macam…hahahah…ko tak suka jangan baca..jeles gi buat blog sendirik and make sure yours is something fun, at the same time give reminder to people & make people at least smile on their faces. Buat amal tu..mana nak tau..ada plak tengah susah ati..baca blog aku..tiba-tiba release, senyum & happy..kan..kan…

Ok guys..i’m at Kajang now for 2 months..for those with wedding invitation tu..cepat2 hantar kad..cepat2 inform so I can slot in your session to my schedule..

p/s Kad kawin kaler pink lipat 3 tu aku tak dapat ke hah?Takde orang nak jemput ke?Heheheh..dah dekat tu…Jenaris ngan Batu 12 tak jauh ;p

Haru Biru Hidupku!

Wednesday, May 3rd, 2006

28th April

Plan nak balik Melaka malam ni coz cousin belah laki aku kawen. Terpaksa postpone sebab malam laki aku ada kerja kat Woksyop dia. Sebab boring dan campur plak tahap ‘ingin tahu aku yang meluap-luap’ maka aku pon menggatalkan diri ikut laki aku. Hah..end up jadik lawatan sambil belajar kat workyop tu. Anak-anak buah laki aku kat worksyop sibuk nak siapkan kereta perisai yang rosak sebab  armor nak pakai untuk exercise.Maka aku yang menjadi satu-satunya bunga di tengah kumbang, telah diberi penerangan yang detail tentang apa yang diorang buat. Dah aku pon, sumer benda sibuk nak tau..ikutkan ati aku tu aku nak naik sekali kat atas kereta tu.Jenjalan dalam worksyop. Tapi memikirkan ‘kedudukan’ laki aku, maka hasrat hati kecil aku terbatal!Lepak sampai kul 12 malam..

29th April

On the way nak ke Melaka. Breakfast kat McD Juru. Then singgah jap kat KL jumpa Lela amik baju aku. Pastu singgah Kajang, amik barang mak aku kirim kat mak mentua aku. Then turun hiway KL-Sban. Lepas area Bukit Makhkota, keyte dah slow. Aku ngan laki aku turun Nilai. So lalu Sepang-PD-Linggi-Kuala Sungai Baru-Masjid Tanah-Klebang-Bukit Piatu. Instead of lalu hiway yang jem..so kitaorang guna jalan alternatif yang ada. Lalu la sepanjang pantai sampaila umah mak mentua aku kat Bukit Piatu Melaka.Malam, orang dah sibuk ‘rewang’..dalam penat tu..aku tunjukkan la muka jugak…tolong-menolong sampi kul 12 ..

30th April

The day! Heheh…aku sajer pakai baju kurung kain opel aku yang berbatu-batu berkilau2..so takde sapa lalu nak suh aku tolong. So aku hanya jadik tukang sibuk jek..hah..penat giler!

1st May

Ingat nak lepak2 la…sekali laki aku dapat urgent called kena gi meeting kat PD on the 3rd.Alah…dahla uniform tak bawak..malam tu balik guna satu lagi alternatif. As we heard frm radio..hiway jem.So we used jalan Bukit Piatu-Cheng-Alor Gajah-Pedas-Seremban-Semenyih-Kajang. Aduss..Msa kat Pedas..orang ramai exit situ..so jem jugak sampai ke Seremban..bumper to bumper..Dum!!!Keyte aku kena langgar…Eiii!Setel tepi laaa….Kul 11.45 sampai Kajang….

2nd may

Laki aku cuti lagik. So dia je balik SP. Aku tinggal Kajang.Laki aku tinggalkan keyte kat SP, dtg ngan staff car on the same day!Sian aku tengok..penatnyerrr…

3rd May

Citer lagik best..hahahahah..lepas meeting laki aku dapat order kena gi course kat Gemas dari 8th May-28th June….2 bulan..hahahahaah..malam balik SP and get ready nak pindah balik Kajang 4 2 months…kuang..kuang..kuang…

Apa nak jadik ngan aku nih pon aku tak tau laaa..raser nak dok dalam caravan je…