Ok..I’m back.
Aku dah janji dah citer pasal Mess Nite kan?Heheh..The most boring army protocol dinner. Serius! Aku memang buhsan dengan dinner ni. Every time kena buat baju baru..arghhh…Laki aku lain la dia pakai Mess Kit(One of the official uniform for this event)..senang la kan tak payah pikir panjang.
Ok let’s start. Ok..biasa dalam pukul 8..kena ada depan ballroom. Masa ni all the officer..start from Leftenan Muda till Lt.Kolonel will mingle around. Masa ni laa…diorang jumpa buddy, satu skot ke, their SO2, segala OC (Officer in Charge)workshop, CO (Commanding Officer) workshop, borak2 la kan.
Pastu their spouse, masa nih la dibiarkan lepas pandai-pandaila kau carik kawan. Kalau memang dah duduk satu kem ke, memang active BAKAT (Badan Kebajikan Angkatan Tentera)ke, kenal la kan. Kalau yang baru kawin ke, yang memang tak pernah jumpa sesapa ke..hah..masa ni la kena la pandai-pandai ramah kan diri yea. Kalau tak memang jadik kera sumbang!
Masa ni hotel waiter and waitress akan bagi la kita Welcome Drink. Lama gila dok luar tu. Sementara tu dah ada counter kat depan Ballroom tu. Kena la amik macam ticket kat mana kita duduk. Sebab sitting arrangement diaorg dah siap2 susun kan. Kalau sesapa pernah dok hostel, hah tau la kan..meja panjang2 macam kat dewan makan tu. Hah macam tu laaaaa….Biasa tengok crowd. Kalau ramai banyak la meja tu. Ikut jugak keluasan ballroom tu. Macam baru nih ada 4 row jea. Tapi crowd 200++.Korang bayangkan laa…Tapi sitting dia dah siap susun,kira mcm pompuan akan dok sebelah pompuan..laki sebelah laki..so takde la boring..boleh la borak2…(dengan nada perlahan dan penuh sopan)
Pastu Sarjan Wisma, akan pukul gong sebanyak 3 kali. Dia akan announce…
Dato’,Tuan2 & Puan2 yang hadir makanan telah siap disediakan.
Semua hadirin Berpangkat Leftenan Kolonel ke bawah bersama isteri akan masuk ke dalam Ballroom.
Berduyun2 la crowd nih tadi masuk dengan spouse masing2.Carikla tempat duduk masing2. Tunggu VIP masuk dan berdiri di belakang kerusi masing2. Then bila VIP masuk di iringi oleh Kumpulan Bag Pipers. (Hah saper pernah datang wedding aku, tau la camana rupa n lagu bag piper tu…)
Apabila VIP smpai ke High Table, semua dalam ball room kena menyanyi lagu Tentera Darat n Lagu Kor JLJ(Jurutera Letrik & Jentera Diraja)..ni kira KOR laki aku laaa….(Nanti aku akan citer dilain mase apa benda alah..KOR ni yea…atau lawat je ke www.mod.gov.my)
Then crowd akan duduk selepas VIP duduk.
Pastu seorang Officer yang menjadi YDP(Yang Dipertua Majlis)-dia ni kira macam Head of the Organizer utk mess nite ni la lebih kurang..dia akan ketuk apa tah(aku tak tau) mcm judge punya dlm court sebanyak 3 kali,and he will say:
Tuan Naib Yang Dipertua, Seri Paduka Baginda.
Pastu ada seorang officer,(biasanya yg paling junior) yang dilantik sebagai Naib Yang Dipertua,akan berkata:
Dato;Tuan2 & Puan2 yang Hadir, Seri Paduka Baginda.
Pastu the crowd yang kat bawah tadi, akan bangun dari tempat duduk dan selepas tu Lagu Negaraku akan dimainkan.Abih nyanyi, diorang akan buat macam toast wine tu. Itu zaman dulu pakai alcohol. Zaman sekarang pakai air kosong je.Sambil cakap
Seri Paduka Baginda.
Pastu minum la dari gelas tu kan…Pastu duduk balik.Pastu YDP akan announce..
Dato;Tuan2 dan Puan2, Kor JLJ Diraja.
Yang Naib YDP pun akan sebut benda yang sma la kan.
Pastu crowd nih tadi bangun balik, lagu Kor JLJ akan dimainkan.Then, yang spouse je akan buat toast plak, smbil cakap
Kor JLJ Diraja.
Pastu minum la air tu.Pastu semua akan duduk termasuk VIP.Masing2 bubuh la napkin kat peha masing2…pandai2 kau la kan.
Hah..MC akan bgtau…mkann akan dihidangkan sebentar lagi.Nanti org kat hotel tu akan nyalakan lilin n terus padamkan lampu…kira macam candle lite dinner laaa…Kemudian akan masuk beberapa waiter untuk food serving for VIP laaa.Barulaa…waiter2 lain masuk plak kira satu couple sorang waiter. Korang bayangkan berapa ramai waiter.
First sekali appetizer.Ooo..bagi yang dah biasa mkn hotel..korang tau la segala jenis sudu, gelas, sumer ada kat depan kita tu…
Appetizer ni depends la pada menu. Tapi mlm tu shrimp salad. Cheh kedekut betul Royal Adelphi tu…kecik je udang dia. (Masa aku makan kat Sheraton..udang dia besar2..best lak tu. )..Semua akan start makan bila muzik dimainkan, dengan menggunakan fork and spoon yang paling hujung sekali.Abih muzik berenti la makan…waiter2 tu akan masuk ambik pinggan kosong korang tadi…Biasanya hanya 2 lagu akan dimainkan masa makan appetizer nih.
Sapa yang habis awal, ada bun kat tepi, boleh la nak jadik kudap-kudapan. Bun nih akan sntiasa di refill oleh waiter2 khas yang mmg keje dia hntar bun n refill air..Termasuk la gravy for main course nanti.
Waiter2 yang tukang angkat pinggan tu pon ada protocol dia nak angkat n hantar pinggan.Diorg kena buat semua serentak…Heheheh…
Lepas angkat pinggan..2nd menu plak. Mcm biasa..soup of the day…Guna soup punya spoon.Makan bila muzik dimainkan. Macam tadi gak..lagu habis letak la sudu, waiter angkat.
Tunggu 4 main course. Biasanya..awal2 lagi sebelum datang dinner diorg dah tnya..nak daging/ayam/ikan.Aku n laki selalu pilih daging. Masa main course, 3 atau 4 lagu dimainkan. Makan la ala-ala steak tu.Guna Fork & Knife…Untuk menikmati main course la kan.Lagu habis, waiter angkat pinggan…
Tunggu, dessert plak. Hari tu kitaorg dpt tiramisu. Sedap tapi alah..cantik sangat..mcm sayang nak makan.Guna fork n spoon for dessert yang disusun kat depan.Lagu pon dimainkan gak. tapi 2 je time nih.
Ooo…relative nya lagu2 nih dimainkan..selain sebagai halwa telinga ia juga berfungsi sbagai untuk mengelakkan bunyi2an dari fork spoon berlaga dengan pinggan ke hapa ke …kedengaran dengan ketaranya…
Pastu waiter akan kemas meja. Tinggal cawan utk coffee or tea…Pastu smbil minum kopi, adalah ucapan2 yg membosankan.Masa ucapan nih..lampu dipasang lilin akan dipadamkan.
Pastu abih…Tapi kenala beratur salam2 ke hapa ke…sebab hari tu dinner REGIMENTAL..dining out officer yang nak pencen…lama laa..tunggu ucapan.Ngantuk giler aku!
Biasanya majlis 9-11.Tapi kalau ada ucapan2 ni kdg2 terlajak smpai kul 1-2 pagi ke….
Ok setakat ni jeala..gambar?Hahahha..aku lupa bawak bateri.Kamera ada bateri takdak….tak dpat nk melaram!
Hah…aku tak tau la kalau korang suka ke..tapi memang bosan la kan.Aku yang bercerita nih pon raser ‘penat’ nak baca balik apa aku tulis… Sebab penuh dengan protokol..Heheh..raser macam control giler laaa….Lemas la jugak..Tapi wat to do..I have to..selagi lakiku seorang Sojar!hahahaha…..