Archive for November, 2005

My Last Day!

Tuesday, November 29th, 2005

30 November 2005..today will be my last day in the office.

Mmm..confirmed…i’ll miss everybody.

I’ve learned a lot here. Jangan ingat keje company kecik aku tak banyak belajar.Paling berharga kat sini aku belajar ’bout life.

Aku akan rindu Munirah dari Messr. Salbiyah & Partners dengan suaranya yang cute dan dia yang nakal, si Helmi despatch kat YFL Management Services yang pemalas nak bukak kasut, suka jerit dari pintu je bila ada dokumen kena attest, budak nih sukala..bercerita berdegar2 tah hapa2..tapi kadang aku layan je dia..walaupun so damned boring.

Aku akan rindu nak usik Ms.Yong dari Yap & Associates, nak tengok fesyen skirt pendek dia yang cantik2, Teresa dari Aprocade yang ramah, staff Messr. Ram Reza, si Linda, Fidah and others, or..kena usik dengan Saiful & Rezal dari Essential Horizons( yang selalu mintak discount..oii korang ingat company ni aku yang punyer?),Mei Yoon dari T.G Lee, pastu Mr.Chong yang datang kutip duit sewa tiap2 bulan..dengan bau dia yang sungguh harum…kuang..kuang..kuang

Nak mengusik staff2 Ari & Co..si Syitah, Wina, Kak Lina, Ainie ,Uda & Inie…termasuk si kecik Nadhirah..hahhaha..

Rindu nak lunch dekat Zaza, Nasik Ayam Mencongkam, or Restoran Ros Fatimah..Rindu nak usik Siti, adik yang keje kat Bakery…Beli Rojak Buah kat kedai Pak Tam….Mmm..banyak gak kenangan kat sini eh…

Terima kasih tak terhingga buat boss aku Tuan Haji Ghazali Mohd Noor yang tak jemu2 memberi aku nasihat,perangsang dalam hidup ni. Buat wife dia Aunty Wan..yang selalu masak sedap2 kat aku..(aku naik 5kg dok sini..)..buat abang Aziz yang selalu jadik driver aku ke sana sini…dan suka paksa aku habiskan makanan yang aunty masak…cheh…

Semoga keputusan yang aku buat ni yang terbaik. Semoga tahun 2006 juga menjanjikan sesuatu yang terbaik buat aku..Amin…

Tentang dia..(Yang pernah Sentuh hatiku..Chewah)

Thursday, November 24th, 2005

Waa…ni pon tajuk moviekan. Mmm..aku nk tulis tentang dia. Siapakah dia?Adakah dirimu atau mereka.

Dia 1

Dulu aku suka tengok dia. Suka giler. Hari-hari aku tunggu tepi tingkap kelas Tingkatan 1 Zuhal nak tengok dia. Time loceng bunyi abis waktu,dia mesti lalu tepi kelas aku dengan jalan dia yang macam macho. Dia kena gi bilik guru inform cikgu..suh masuk kelas.(Apa pelupa sangat ke cikgu2 kelas dia dulu. Kena ada reminder plak dari anak murid ) Aku akan tunggu dia tengok aku sampai nampak. Tengok dari celah-celah tingkap..tapi dia tak pernah pon nampak aku rupanya. Waktu abih waktu sekolah pon aku tunggu macam orang angau nak tengok dia lalu tepi kelas aku.Bawak knapsack kaler hijau…bila dia dah lalu aku pon buat2 keluar dari pintu belakang kelas supaya boleh selisih dengan dia atau dapat jalan ke dewan makan asrama belakang dia. Petang2 aku suka menebeng tepi koridor asrama  nak tengok dia main volley ball kat court. Lagi tah hapa keje..masa birthday dia aku bagi kad letak bawah meja. Lepas tu aku budget2 time pukul berapa dia abih main volley ball supaya timing aku buang lebihan dinner aku kat tong sampah dewan makan  sama dengan timing dia ngan geng2 volleyball lalu tepi tong sampah tu supaya aku boleh tengok dia. Takde keje sungguh aku masa tu. Aku ingat lagi dia mesti pakai baju tshirt ada tulisan Milo kat baju dia. Time maghrib aku tunggu je budak laki azan dari asrama..sebab aku tau kadang2 terdengar suara dia yang parau tu melaungkan azan yang boleh buat aku dibuai2 perasaan..hahahah…Paling teruk aku curik gambar kelas dia..tampal dekat locker supaya aku boleh tengok dia tak kira masa..(hehhehe) Inilah rutin aku sampai satu masa, ada classmate aku ni (yang sekarang jadik ustaz kat sekolah aku )..bagitau ada orang nak jumpa aku kat kelas 2 Suraiya…Aku dah berdebar-debar (Sebut macam lagu vince & yassin Berkobar-kobar tu eh…)Almaklum…..time masa tu, kalau ada orang nak jumpa luar waktu sekolah..kira macam ada peminat laaa…(kuang..kuang..kuang..provided masa tu aku dengan tudung kain jersey yang melekap abih kat dahi, spec besar giler ngan mulut takleh nak tutup..sebab gigi aku suka sangat tengok dunia…kira..mcm bulan jatuh ke riba bila konon2 ada peminat). Guess what…Memang dia nak jumpa aku..tapi..tak bestnyea dia tuduh aku conteng buku teks dia..sebab masa tu ramai dah tau aku syok kat dia. (siap tulis nama aku tu…)Memang..bukan aku. Tapi aku tak tau sapa pedajal aku…Akhirnya, sejak detik itu..aku benci dan menyampah tengok dia. Macam bagus-bagus je..ingat aku nak sangat ke dia agaknya…Huh!Full stop untuk rutin2 bodoh aku tu. Sepanjang 2 tahun berikutnya sebleum PMR..aku memang antara  nampak dan tak nampak je Dia 1 kat sekolah aku… ..Dan memang tak tau apa2 lebih-lebih lagi dia dah pindah ke Sains Muar  lepas PMR….Tutup dulu kisah Dia 1.

Dia 2.

Masa form 2…Aku suka tengok mata dia. Suka tengok dia sengih…mmm..dia tutor untuk math subject aku masa tu. Aku rapat dengan dia. Selalu call dia. Selalu bergayut lama-lama time cuti-cuti sekolah. Diala…motivator untuk aku masuk kelas and blaja sungguh masa PMR dulu. Tapi dengan dia benda yang paling “sweet” dia pernah buat kat aku ialah masa dia letak cacing tanah atas botol air aku bawak gi kelas masa tu. Aku sebab suka dia tak jadik marah walaupun aku marah sungguh dengan perbuatan bodoh dia. Alasan bodoh dia..dia suka tengok aku marah…Boleh?! Pastu time test sains aku mesti duduk mengadap dia dalam lab.Siap main2 mata lagi…Masa PMR angka giliran aku 66 dan dia 88. Kami kawan lama. Masing2 terpisah sebab kejar cita-cita. Aku punye obsess kat dia sampai aku hadiahkan satu scrap book yang aku jahit sendiri in order to bind all the pages together sebagai hadiah birthday dia. Dalam tu ada cerita tentang dia dan aku..serta lagu aku dan dia. Walaupun kami terpisah, dia ke MRSM and aku masih menjadi penghuni setia sekolah aku, pastinya..dia tetap menjadi motivator aku. Gambar dia plak aku tampal dekat katil aku supaya aku bukak mata je nampak dia.( provided aku dok katil bawah masa kat asrama dulu) Masa SPM dia jugakla pembakar semangat aku..walaupun jarak memisahkan kami…chewah…Masa zaman orang tulis surat..selalu berkajang-kajang surat di kirim pada aku , macam tu jugak zaman email. Tapi pasti satu hari bila aku bertanya pada dia tentang kita..dia cakap kita hanya kawan.

Dalam sedih aku gembira kerana dia jujur mereject aku. Walaupun masa tu aku frust giler..Malu siot..sebab approach jantan…hehhehe…Tapi…dia tak pernah buang aku…

Akhirnya kami jadik virtual friend bertahun-tahun. Paling best aktiviti bergayut time malam raya..tak pernah kami tinggalkan sepanjang aku berkawan dengan dia. Dialah bestfriend aku till now. Dia pembakar semangat untuk aku berjaya, dia juga pak lawak aku..dan pastinya dia tak pernah lupa pada aku. The best present ever yang aku pernah dapat dari dia bila dia attend wedding aku..setelah 8 tahun tak jumpa.TQ Dia 2. Semoga berjaya dalam segala benda yang diceburi. Dia 2 masih single and available hingga kini…

Dia 3.

Walla…mmm..susah nak start ni. Aku nampak dia masa kelas Arab dekat matric. Aku suka tengok dia sebab macam budak jahat tapi berlagak baik. Time aku gi Kelas Tilawah..aku mesti ternampak dia bergayut kat public tepi koop matric. Atau public dekat Main Hall, Bergayut macam nak makan-makan telepon gagang merah tu. Korang dudukla sebelah dia..kompem..sepatah butir pon ko takkan dengar apa yang dia cakap dengan awek dia…Pastu time aku gi aktiviti GETAR dia mesti jadik special task..aku suka sangat tersengih-sengih ngan dia…Oo..teringat dia pernah belanja aku air setelah aku paksa dia..hahahah… Pernah sekali aku jerit dalam kelas lepas cuti semester sebab lama tak nampak dia, aku cakap..”RINDUNYA AKU NAK TENGOK KAU”. Dia merah-merah muka bila dengar aku cakap kat dia macam tu depan sumer orang. (Aku yakin dalam kepala otak dia..aku minah paling kerek yang dia pernah jumpa..aku jerit sebab aku masa tu mmg suka tengok dia).Pastu masa nak antar Umar Mower’s pada Madam Nik, aku ngan bestpren aku yang berdua tu terjumpa dia. First time dia bagi no tepon umah dia.(Tpi bkn pada aku..tapi pada bestpren aku yang dok jauh tu). Aku dapat tau pada masa tu dia nak cepat sebab nak gi dating dengan awek tersayang dia masa tu. Pastu aku tak pernah sekelas dengan dia, sebab dia masuk main camp dulu. Satu hari aku chat..dalam IRC dan terberkenalan dengan machoguy..dan aku plak guna nick chempakabiru. Machoguy tu…Rupanya dia….

Aku ingat lagi dia suka gi kelas pakai baju shirt kaler biru lengan pendek dengan jeans levi’s. Bawak satu test pad ngan pen pilot dakwat cair dia…

Satu hari dia call aku sebab nak berkenalan dengan orang lain. Tapi tah mcam mana aku boleh ter stuck dengan dia. Our First conversation through phone started at 11 pm and end at 5 am. Time cuti SUKOM 98. Tapi aku tak tau aku cakap apa masa tu. Tapi best giler la maser tu aku raser….

Bila first time kuar sama masa dia teman aku gi dentist. Aku ingat lagi 29/9/98…Even kad dentist tu upon aku simpan lagi…. Dia lambat ½ jam. First fast food-McD. Dia suka mkn Big Mac..LARGE. Masa declare first time..aku amik masa 2 bulan baru terima dia..(dalam hati..syoknyea..first time orang yang aku minat..minat kat aku balik…then dia plak approach dulu…eeeiiii)..Pastu dia suka makan nasi pataya bubuh sos banyak-banyak. Makan roti canai koyak and banjir. Citer wayang bodoh first time aku tengok dengan dia Puteri Impian kat KLCC dan last sekali Laila Isabella pun kat KLCC gak…(Kira2 KLCC tu macam tugu cinta la….Aku tau nper tak jadik ngan dia..sebab aku tak pernah naik jmbatan tengah2 tu….sebab tu no attached to each other…heheheh)…Dari zaman makan kat Greenwood (tempat declare)..sampai dekat simpang..sampai kat kedai jarang..end up dekat cozy house GE Mall….zaman 017-017 free..hehhehe..dari gigi penuh besi smpai gigi dah jadik rata….Dari zaman  naik bas..sampai naik LRT..sampai naik Nissan Sunny..tapi bkn rezeki aku nak naik wira putih dia…Dari zaman dia takde bapak smpai zaman aku takde bapak…Zaman JJ ke Zaman Carrefour..Zaman Genting dan akhir di Bukit Tinggi…Dari zaman lagu Heaven (First time I saw u girl..u turned me upside down…)sampai lagu Dekat Padamu….Dari hadiah kumbang kecik dlm bekas sampai hadiah music box….Dari zaman graf cinta naik sampai zaman graf cinta jatuh merudum…Putus akhirnya…

Hheheh…tentang Dia 3 takleh tulis banyak-banyak..nnt orang cakap aku teringat lagi…hehheeh….Dia 3..dalam kenangan.

Tapi tahu apa akhirnya?A year after grad..aku gi reunion sekolah aku….aku terjumpa Dia 1. Waa..selama nih..aku tak pernah tegur dia, sejak dari peristiwa conteng buku, tetiba bercakap plak masa tu itupun masa nak balik dah. Then dia start call2 aku. Satu hari dia cakap dia suka aku?!Hah..kitaorg dahla tak pernah kuar sekali..kuar reramai je gi Mid Valley..So, aku pun ckp..awak kalau suka saya..pergila jumpa mak saya masuk meminang…Saya dah penat dah nak bercinta ni..lagi2 nak buat 2-3 lagi tugu cinta..tak larat ooo…Tau apa jadik?Jeng..jeng…

Aku kawin ngan Dia 1 which is my beloved hubby now…..(Eh u tau tak betapa patheticnyea I masa minat giler dengan u dulu…so appreciate sikit I ni yea…bang Habib Jewel ada sale..jomla pergi..i nak carik necklace….hahahahah..)

Kesimpulannya..aku rindu dengan laki aku!!!!Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……..

Seketul hati-Balas balik

Tuesday, November 22nd, 2005

(Petikan merah di ambil dari blog kwn aku)

seketul hati

kalau la saiz hati setiap orang tu macam saiz kasut, senang kita nak jaga kan. kira-kira yang saiz 5 ke bawah tu tahap fragile, yang saiz 11 pulak kebal giler! hahaha, kuat berangan aku nih!

orang dok mengadu kat aku, kecik ati la, kecik ati sesangat la… abis, aku ni keje jadi amah hati orang lain ke. nak kena kilatkan selalu, nak lap, nak mop. wei, aku ada hati gak la. hati aku kecik, ada saper nak ambik tau ke? kecik sesangat nih!

meh aku citer. dulu masa citer the incredibles kuar iklan (ada la sebulan sebelum citer tu kuar wayang) aku chup sorang kawan, janji ajak tengok citer tu. dia kata okeh, aku pun ikat sebagai janji. alih-alih dia gi tengok ngan orang lain. setahun aku banned citer tu. kecik ati sungguh. rasa nak nangis je tengok citer katun yang kelakar giler.

aritu aku janji nak belanja kawan tengok just like heaven. aku sanggup turun KL lagi. pun sama gak. tengok ngan kawan lain, sakit gigi pun tengok, gelak-gelak - besar-besar. alih-alih ajak aku tengok chicken little - piiraahh! bukan aku tak tau dia tak suka tengok animation. nak jaga hati dia, aku turun KL gak. alih-alih tak jadi kuar. nak tambah best, aku salah pasal kecikkan hati dia. mak aih, aku ni tahap maid yang tukang senangkan hati orang je ke? ke ingat aku ni plastik, takder hati?

nasib baik dapat jumpa pujaan hati masa kat KL, kembang la sikit hati aku yang mengecut ni. kadang-kadang tu aku rasa, aku ni bukan saper-saper pun kat kengkawan. macam angin je. kalau panas diorang harap-harap la aku ada. kalau aku ada pun diorang tak sedar…

Jawapan:

Sahabat…aku bukan ..suh kau jaga hati aku..Tak harap besar kuman..Tapi salah aku sebabkan kau terasa kecik ati bla aku mungkir janji itu!

Sakit gigi..bukan sakit mulut untuk gelak..bukan buta mata untuk tengok..bukan cacat anggota untuk berjalan..salah ke? 

Salah yang aku tak nampak…Aku sihat sempurna tapi buta menilai erti sahabat seperti kau…

Aku  salah..sebab tengok citer yang kita janji tengok sama..tapi aku cuba backup benda lain…(sedaya upaya pujuk kau on the day..ngan chicken little yang aku tak suka…tak nampak effort aku?)

Aku memang confused jugak sebab aku dihukum kerana bergembira dengan orang lain..Tapi aku pk..kalau aku plak tunggu kau and u can’t make it sampai sudahla aku tak boleh tengok..gitu ker? Mungkin aku being too selfish!Busuk ati aku rupanya…Tapi…

Just one simple question am i attached to u?Since when?

Memang aku salah sebab tak turn up..sebab betul2 ada emergency…tak percaya?

By the way…openly here I am so sorry of breaking the promise to watch the movie with u and try to make it up with another movie and at last never turn up on the day...(so skrg kalau nak cakap aku ada ciri-ciri orang munafik ..Mungkir janji?!Terpulang la sahabat…)

Aku xpernah mengharap ko jaga hati aku..sorry terlupa yang ko juga punya hati yang bukan plastik!

Hari nih baru aku sedar rupanya masih buta dalam menilai hatimu sahabat…Maafkan aku….

Bermain Api?!The truth is Out There….

Tuesday, November 22nd, 2005

Part of my today’s title ..mcm biasa dengarkan..citer apa? X-Files eh? Sorry lupa..lately my head full of unneeded things. After being formatting again,such memories which i need to save pon being erased. Sorry haa….backup2 files are not in my dictionary nowdays..what is past is past…Arghh..such excuses..anyway…Oopps..bukan saja mau lupa…

Api sewaktu kecil menjadi kawan..bila dah besar menjadik lawan. Pergh..berbasa-basi plak aku pagi2 nih..(luckily no air liur basi..weh..brush my teeth already ma..)

Dalam ke maknanya? Is it to hard or to deep to understand? Mmmm….(Kawan..jangan hukum aku kerna bercerita…)

Tanya sorang kawan(which in relationship?!)..salah kah aku ber’kawan’?Aku cakap tak salah(say it with full confident tu!)..FYI….Well dah jadik trend which is very ‘in’ now! Jahatkah aku bila menghalalkan something which is unethical? Betul ke? Unethical ke? Yea kot….

Laa..hanya kawan apa salahnya. It’s not that u r going to neglect or ignore your family or loves one behind.

Kawanla..make as many friends as u can in order to build ur own network…tak kira la lelaki ke perempuan, nyah ke, tunang orang, laki orang, anak orang, mak orang, bapak orang, bini orang….(ooppss..filter abih dah ni..hope no one being too curious with my statement..eeeiii..takut…)

But if to be happened (mintak dijauhkan) you are involve in with your feelings..sudah pandai tipu sana tipu sini..sendiri mau ingat maa..manusia mana pernah puas. And of course when u r started being good at making excuses.So the best advice can be is…be careful..walla!

Lagipun…susah jangan dicarik kalau diri sendirik takmo susah…Tapi kawanla kalau ko rasa ko masih ethical..dan masih berpegang pada norma-norma alam yang dapat di terima oleh minda masyarakat dan jugak alam sekitar…

Dan..not to be forgotten.."Agamasudah semestinya kan..kan…Jalan mesti lurus and betul…Pegangan mesti ada..Ingat tu. (Tapi kalau sudah bunga2 melencong ke arah lain or going to start Perang Dunia ke-3..pandai2 la uh!)

Apapun itula…kawan ngan api lilin..api pelita ok kot..tapi jgn kawan ngan api neraka sudah…kuang..kuang…kuang… ;p

Psst:Kawan sendirik mau ingat hah!(Aku pon ingat sama…)

Bini Askar…

Monday, November 21st, 2005

Hari nih genap 9 hari aku tak dapat tengok muka laki aku secara live.Sibuk sangat dia sejak dari OC(Officer in charge) untuk 33 Worksyop Armor 6 Briged Kem Lapangan Terbang Sungai Petani. Macam ni la life as army’s wife. Suka tak suka..aku tetap kena telan and alaminya.

Walaupun dah biasa kena tinggal, tapi biasanya time weekend je, aku dah jumpa balik ngan laki aku. Tapi sekarang dah duduk asing-asing…lain plak perasaannya!

Ni sejak dia jadik OC..busy sangat. Manakan baru over take duty, ari nih ada Seminar Teknikal Kor JLJ(Jurutera Letrik & Jentera Diraja) kat Perlis until this Friday. Manakan nak kena pergi Sambutan Raya Rejimen lagi, nak attend Open House Panglima lagi…Dia cakap awal bulan 12 baru boleh balik KL.(Itu pun kalau takde aral melintang). Kalau aku nak pi sana pun tak guna jugak. Every weekend aku plak kena jadik wakil, manakan nak pi family punya open house, wedding. Belah dia..belah aku lagi…What a life..

Sabar Nora..sabar. Mula2 rasa tak kisah jugak. Sebab dah biasa sangat dia tinggalkan aku bila dia pi outstation, tapi sejak jauh nih..terasa plak dia takde.Kadang-kadang tak larat nak rindu. Sebab aku tak nak perasaan tu ganggu aktiviti harian aku. Nasib baik ada kawan2 yang baik hati, selalu tanya kabar aku yang sekarang so called single ni!

Maybe orang lain cakap..alah bukan jauh sangat pon KL-SP tu. Ataupun alah baru kena tinggal berapa ari dah kecoh..tapi cuba korang plak raser apa yang aku raser. So kalau dah pernah raser..mungkin apa yg aku alami ni..tak sehebat korang.Tapi kalau tak pernah raser, jangan cakap banyak..korang tak tau apa yang aku raser…

Apapun..ada hikmah untuk semua yang berlaku nih. Semoga Tuhan berikan ketetapan hati buat aku dan hubby aku. Murahkan rezeki dan rahmat buat kami.Semoga tautan kasih antara kami tidak pudar ditelan jarak dan waktu.Walau apa pun..aku hanya mampu berusaha untuk terus mendoakan yang baik2 untuk hubungan ini sehingga akhirnya..Amin!

Orang Gila Jalan Semarak-Jalan Padang Tembak, KL.

Tuesday, November 15th, 2005

Salah ke aku nk citer pasal nih?Dah lama dah aku nak tulis dalam blog pasal orang2 gila kat Jln Semarak-Jln Padang Tembak nih.Alah kat depan MINDEF,depan UTM,depan PULAPOL tu…

Ada dua org…yang sorang nih..aku tak tau la..bangsa apa.Sebab dah gelap dan kelam.Lebih2 kurang macam Rosyam Nor dalam citer Selendang Sutera(apa tah aku tak ingat title telemovie kat TV time raya). Orang gila nih bukan aku nak kata laa…kadang2 aku tertarik gak tengok ragam dia. Dokla mengusung sampah mkanan yang dia bawak.Pastu siap gantung lagi kat pagar..mana2 yang sempat dia singgah..macam konon2 dia nih bukak gerai. (Dia nih..tak pernah berbaju..hanya secebis kain yang menutup his private parts je laaa…mcm ala2 suar pendek gitu)Pastu duduk la bersila sepanjang jalan2 tu…kejap depan PULAPOL, kejap depan MINDEF…Aku raser sumber makanan dia hari di sponsor oleh gerai2 tepi jalan kat sekitar area tu.Tapi aku tak pernah tengok orang giler ni kacau orang. Ralit dengan dunia dia…Kadang aku kesian..bukan apa..bila time malam2..hujan lebat..menggigil kesejukan tido kat bus stop depan MINDEF. Pernah sekali aku suh laki aku balik umah antar selimut kat orang gila tu.Laki aku cakap aku nih terlebih concern…(tapi dia tak buat pun). Orang gila nih tiap2 pagi sebelum gi opis aku mesti ternampak dia..kadang2 bila tak nampak..aku mesti tercarik2 dia..heheh…

Nauzubillah jauhkan la keturunan aku dari penyakit gila macam nih.

Sorang lagi plak….smart giler. Bangsa Melayu.Hari2 pakai either proper suit atau baju melayu sepasang.Kerjanya jaga tarafik..dan cakap sensorang…kadang bila balik dari opis..aku akan tercarik2 yang pakai smart nih..nak tengok..apa plak gelagat dia ari nih…aku tak gelak..cuma memerhati dan mendoakan yang baik2 untuk dia.Dia nih bukan penghuni setia Jalan Semarak-Jalan padang Tembak. Dia ni..datang dan pergi ikut suka dia…

Kadang-kadang aku terpikir..apa agaknya yang berlaku dalam dunia mereka yang tidak mungkin kita selami sebagai manusia normal nih. Mungkin terlau abstrak..terlalu jauh untuk kita capai dengan akal fikiran kita yang normal nih.Mungkinkah dunia mereka begitu indah..sehinggakan aku tengok..diorang sentiasa tersenyum dan tertawa umpama tiada apa masalah yang menggangu minda mereka?Wallahua’alam……..

Jauh sudut hati aku..aku panjatkan kesyukuran…setakat 27 tahun aku hidup ni..alhamdulillah aku sihat dari segi mental.Jangan la kita memandang hina pada mereka yang dikategorikan sebagai sakit mental atau sakit jiwa nih..mungkin itu merupakan dugaan dan ujian yang tuhan berikan kepada mereka.Cuma aku terpikir siapakah mereka sebelum ditakdirkan menjadi Orang Gila.Siapakah ahli keluarga mereka?..Terlalu dalam untuk dipikirkan..Terlalu dalam untuk dbincangkan..So bahagian masing-masingkan…Hanya Allah lebih mengerti!

The Interview!

Friday, November 11th, 2005

Mmm..i did mentioned about PTD’s interview rite?It was held yesterday at Block C7,Parcel C,SPA Putrajaya.

Aku tak tau la nk cakap mcamana…part of me just hoping that aku dapat jadik PTD. Tapi based on my performance smlm..mm..entahla.No komen!

Aku dapat no 7.So ada 6 orang sebelum aku. Depa dok citer the panel keep asking such questions yang power2 and tak tercapai akal aku yang tak ready apa2 nih. (Baca sket2 ja).Masa datang interview pon aku raser kerdil tahap dewa…apa taknyer..masing2 kat luar before interview dok citer pasal apa yg diorg baca, apa yang diorg tahu. Masa tu aku raser aku tak tau apa pun. Kalau pasal Islam Hadhari, aku tau la apa dia. Ada 10 konsep itu pon, sekadar tahu, and not come into details. Nak citer pasal government policies pon..mm..aku tau ja..apa tu policy..as guidelines to any organization.Nak kata aku tau into details pon idak jugak…Ada plak panel dok tanya pasal NAM la..PIN la(Pelan Integriti Nasional)..hapa la…masa tu aku baru tau..sebenarnyea..aku nih tau sekadar nama.Nak come into details..memang zero!

Tapi bila aku masuk dalam bilik interview..first panel keep asking me..what topics which i prefer to discuss..cheh..dia suh pilih,economics,sosial,politics,cultures and apa tah aku tak ingat. Time tu jugak..aku blank…kosong…adus..dia tengok muka aku nervous kot..terus dia tnya pasal UIA.Nak kata boleh jawab pon aku tak taulaa…lain aku baca..lain depa tnya..aku nak kata goreng..pon..memang tak tau dah nak goreng apa. Then diorg tnya pasal sifat2 rasul dikaitkan dengan nilai2 murni dlm jentera pentadbiran negara.Once again…aku lagik kompius…awat dia tak tanya soklan2 mcm org lain..3rd panel..dia tnya pasal adat perpatih…waaaaa….aku pon gorenglaaaa…walaupun masa tu aku dok kompius tak sudah….aku rasa banyak dah benda aku baca..dasar2 kerajaan laa…peranan PTD laa…itu la inilaa..tp soklan aku bukan saje lari jauh..nun tersasar..dr apa yg aku baca..memang aku tahap goreng n cakap apa yang aku tau guna logik akal aku ja. Tak tau..aku cakap tak tau ja…So tawakal ja pada tuhan.Kalau memeng rezeki aku adala…takdak..bye2 KL..SP here I come!

Sket sebanyak…aku raser happy sebab aku dah tak payah nk pk pasal interview…tapi sedih la jugak ngan diri sendirik sebab tak performed well..

(Bukan susah nak susah…bukan senang nak senang)

Citer Raya lagi..(tak abih2)..

Sunday, November 6th, 2005

Hai..hai..mmm..sumer yang dah start keje ari nih confirmed monyok jea. Tak tau la sama ada still no mood nak balik opis buat keje..atau megira2 bajet yang dah semakin lari..or terbayang2 keseronokan di Aidilfitri…ye laaa..ari nih kan baru Raya ke-5.Tapi majoriti aku raser dah start keje balik. Dalam takde mood..terpaksa la kan..dah punca rezekikan. Aku still cuti lagi ni pun kat kajang. ..ini pun baru sudah buat laksa johor. Kejap lagi pakcik2 aku nak datang umah mak aku.

Semalam mak mentua and adik beradik hubby aku datang. Aku masak macaroni bakar ngan pasta.Lepas tu aku ikut la diorg beraya ke umah pakcik makcik belah hubby aku yang ada kat KL nih.Malam baru aku sampai Kajang balik.

Mmm..dah kawin nih aku rasa aku lebih banyak jadik Amah kat dapur dari pakai baju raya. Aku raser first day raya je aku berkebaya and berjalan sekitar kampung laki aku ke rumah sedara mara diorg. Selebihnya, aku lebih banyak melayan tetamu dan melakukan segala keje2 amah.Adus..4 hari aku jadik bibik di dapur. Manakan masak lagi. Basuh pinggan.Pagi bangun awal.Malam tido lewat. Tapi bila melihatkan tetamu datang…jumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa..hilang penat. Yang paling syok bila diorg puji aku masak sedap.Tak kirala…..terbang segala penat..bila aku tengok diorg makan dengan selera. Dari rendang, masak lodeh, kuah kacang, laksa penang,..ari nih plak laksa johor…kdg aku nih pon dah mati idea nak masak apa plak orang datang. Maybe malam besok cousin aku datang umah mak aku, aku nak buat mi kari plak…hehhe….

Ok..sorila..aku bukan tak nak jemput sapa2 dtg umah..kalu nak datang kena datang Kajang la yea.Sebab most of the days aku lebih banyak berada kat Kajang dari Keramat.Ok..selamat la buat keje untuk yang start keje….

Terlupa plak..aku terharu sungguh raya baru nih ramai tul send sms, call just nak wish selamat ari raya..Mmm..tak sangka..ingatkan..ramai dah lupa aku nih.Heheh…tahun nih pon kau tak berkesempatan nak balas sms or call sebab really busy masa raya nih…yealaa…akukan..Amah of The Year…heheheh..Chiow!