Archive for October, 2005

Bestfriend Part 4-Kasih Sayang Yang Aku Ada

Saturday, October 29th, 2005

Yesterday..aku ngan 2 bestpren aku..having fun together after a long while the 3 of us being away. Sorang datang dari jauh, sorang dekat sini je. Aku amik half day semalam just wanna be with them..My hubby plak 24hours on duty, so..this is the time for the GIRLS TIME OUT!

Mula2 diorg fetch aku dkat opis, we really having fun together dlm keyte. Just like the old days. Gelak2 dengar lagu2 kat radio yg ada connection with our past. Pastu share all the latest gossip ’bout us. Gelak2 ’bout the stupid things we had shared in the those days.Then, we Q at TGV planning to have marathon movie. But then teringat plak bulan poser, so we decided just one movie that evening n malam plak tgk midnite.Siap boleh balik umah, buka poser, then mlm kuar balik tu!

Aku mmg tak suka nak bersesak2..n diorg tau sgt. So diorg la tolong Q kat aku. Petang we watched "Corpse Bride" which chosen by bestpren aku yg dok dekat tu. And malam plak "Zorro 2" chosen by my bestpren yang dok jauh tu.Boleh la..citer dua2 tu..becoz not 100% my taste kan…heheh..sorry u guys!

Balik pkul 2.30 am..sempat lagi tengok CD Gol & Gincu…amboi2….fully occupied betul kitaorg one whole day!Aku senirik tak sedar kul baper aku tido.

All the moments are so sweet…Those girls are still single..bulan2 poser pon..smpat lagi "cuci mata" tu..Aku tumpang tengokkan ajer..hahah…Pastu bila ada heart to heart sharing session dalam keyte masa lps tgk midnite tu…Bestpren aku yang memang selama nih aku tau dengan "kemuliaan atinya" kata..lebih kurang mcm ni laa..(telah aku ringkaskan..utk tidak menyinggung mana2 pihak)

"Nora, berentila membenci. Belajarla melupakan dan mendoakan yang terbaik untuk perkara yang lepas2 yang kelam dalam idup kau.Sabar semoga ada hikmahnya.."

Bila aku senyap…aku sebenarnyea berfikir…dia cakap aku tak boleh terima dengan apa yang dia cakap. Cuma..aku nak dia tau….

Aku ada banyak kasih sayang. Kalau boleh aku nak bagi kasih2 sayang aku pada setiap orang yang aku kenal. Aku nak orang terima aku dalam hidup diorg sebagai seseorang yang tak pernah lokek dgn kasih sayang yang aku ada. Perjalanan hidup ni masih jauh. Aku tak suka nak memutuskan satu hubungan kasih sayang, persahabatan, persaudaraan yang aku ada..walau macamana teruk pon orang  buat kat aku.Terimala aku..kerana kasih sayang tidak bertepi yang pernah aku beri..aku mungkin tidak se cute or friendly sesiapa.(pinjam ayat korang yea…)..tapi aku punya kasih sayang dan kepercayaan yang telah dimusnahkan menyebabkan lahir rasa hard to forgive & forget..kerana luka itu masih berbisa…dalam lekuknya..dalam parutnya..sejauh mana pon aku berjalan..hidup dengan bahagia..aku akan cuba mengubat luka..hidup demi masa depan dan belajar melupakan yang lepas yang hitam dan kelam….Kerana kau takkan paham apa yang aku rasa..sedalam mana sakit nya…sepedih mana lukanya.

Namun terima kasih atas ingatan…mungkin aku terlepas kata dan mendoakan yang buruk2 buat dia atau mereka…tapi ketahuila..andai boleh dizahirkan apa yang aku rasa…mungkin ko sendirik akan terduduk mendengar penderitaan ini yang tidak mampu aku lepaskan…aku sendiri tak mampu nak berkongsi dengan sesiapa hanya Allah sahaja memahami..

Buat bestpren hahah..padan muka aku jadik jiwang karat hahahah….Thank You for the day. Jangan lupa..kisah bestpren nih macam Friends la jugak..aku akan buat Season by season hahahah…

(Petikan di atas hanya untuk bestpren aku yang paham segala bait kata yang ditujukan kepada mereka..Tiada ada kena mengena dengan yang lain)

Salam lebaran & Maaf zahir batin. TQ for the support!and..pastt check email COMPARISON yang aku send tu yer>>>HAHAHAH….

Kerinduan Di Aidil Fitri

Thursday, October 27th, 2005

Pagi2 lagi aku dengar lagu raya. Bukak TV3 MHI pun citer pasal raya.Mmm..apa persiapan raya aku?Takde apa…sibuk mengemas barang masuk dlm kotak. Baju raya jela yang ada.Kuih raya?Mmm..dah buat kat umah mak aku last week..sambung lagi weekend nih.Duit raya..adalah sikit2 alhamdulillah..bolehla nak berkongsi sikit ngan sanak sedara.Walaupun tak banyak.Cukupla..dari takde langsung.

Hari Raya tahun ni seperti 3 thn lepas aku sekerluarga pasti merindui kehadiran arwah papa. Mm..rindu nak salam mintak maaf, rindu nak bergelak tawa sama..rindu segala-galanya.Untuk berkongsi kegembiraan  kami adik beradik yang dah dewasa.Masing2 yang dah berjaya. Tapi apapun semoga roh papa berada di kalangan orang yang beriman.Amin!

Aku jua rindu dengan seseorang…semoga kedatangan Aidilfitri nih memberi sinar dalam hidupnya.Putu mayam kuah kari.Aku jua rindu pada bestfriend aku..sejak kawin acara tahunan marathon bergayut kat tepon time raya dah takde la..kalau tak..masa time khutbah raya aku confirmed tido sebab satu malam bergayut.Mmm….Syahdu plak pagi nih!

Bestfriend Part 3-Kecik Ati!

Thursday, October 27th, 2005

After a while aku dah lama tak kecik ati ngan sesapa. Sebab aku jenis tak simpan dalam ati apa yang orang buat kat aku.Kecuali sorang…mmm..apa dia buat pon..aku ingat lagi sampai sekarang which hard for me to forgive & forget. Yang lelain..aku memang malas nak pk. Lagi2 bestfriend. Ada sorang bestfriend aku terlampau nak jaga sangat reaction gila yang akan aku buat, dia merahsiakan something dari aku. After a while, dia terlupa and assume aku dah tau. And yet she’s sort of comparing me with someone.Aku dari yang tak penah kecik ati..kecik ati giler ngan dia. Dia tak tau mcamana aku trust ngan dia. Aku bukan kecik ati dia tak bagitau benda yang sepatutnya..tapi yang aku kecik ati..sebab nampak sangat “benda” yang nak disoroknya “benda” aku sbg kawan yang dia declare as bestpren…patut tau….
Waaa..nampak sangat aku nak blame dia kan..apapun…sebenarnyea aku bukan kecik ati dia tak bagitau. Tapi aku dah ilang excited nak bagitau benda yang aku bagitau dia ari nih sebab dia sendiri dah penah jumpa dengan apa yang aku nak tunjuk kat dia tu. Buang karan betul.Kalau aku takla kecoh ngan dia tentang perbuatan gila yang memalukan diri sendiri tu..cheh….
By the way…yelah..aku tak friendly..hahahah..sendirik paham aaa…..

(Petikan di atas ditujukan untuk sesapa yang mkn cili terasa pedasnya…!!!)

Soalan Cepumas Time Raya!

Tuesday, October 25th, 2005

Sedar tak sedar tinggal berapa hari lagi kita nak raye.Kita sedang melalui 10 hari2 terakhir Ramadhan yang penuh dengan hikmah dan keberkatannya.Semoga kita berusaha untuk melipatgandakan amalan ..yelah…mana nak tau kan…mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita…wallahu’alam!

Citer pasal raya..mm…dulu masa kecik2 bila time raya..aku akan balik kampung arwah papa kat Masjid Tanah,Melaka or mama katJelebu,NS.Ikut giliran laa.Tapi kitaorang lebih suka balik kampung Jelebu.Tak taula..nak cakap..mungkin sebab environment yang lebih hygenic menyebabkan kitaorang adik beradik lebih suka balik ke sana.Tapi balik pk2 balik sebenarnyea kitaorang lebih enjoy balik ke Melaka.Yealah..dapat panjat pokok,main dalam semak2 hutan,buat mercun senirik, main unggun api,main lumpur,main perang2….hehhe….seronot2..lepas tu balik kena sesah (rotan) ngan mak aku yang garang giler sebab baju penuh dengan getah pisang la,lumpur la….macam2…

Berbalik dengan "Soalan2 cepumas time raya"..

Amacam dah sedia?Yelah time raya la kita jumpa sedara mara sepupu sepapat yang bertahun2 tak jumpa.Family aku nih bangsa2 terlebih concern. Sumer nak ditanyanya. Terlebih ramah pon ye jugak…Masa time sekolah2 dulu soalan cepumas yang popular..diorg tanya pasal result exam.Lepas tu pakcik2 nih buatla perbandingan dengan anak2 orang tu la inilah.Aku kira bernasib baik,sebab zaman persekolahan aku agak outstanding sikit berbanding dengan cousin yang sebaya lain..so selamatla..diorg la yang sakit telinga kena banding ngan aku.Bila time masuk U..zaman "bertenang sikit" so adik2 plak melaui zaman apa yang aku lalui. Sampai adik aku yang kecik selalu cakap, "alah adik malas la nak balik kampung, asyik2 sibuk nak tanya pasal result orang"..aku sengih je..aku cakap ngan dia.."nasibla..dulu kakak pon raser gak"

Aku ingat bila dah abih U..abihla..takde la sangat soalan2 mencabar minda & emosi utk aku jawab..tapi rupanya..sibuk plak tanya..keje mana,gaji berapa..bile nak beli keyte..dah ada BF blum..tahun yg berikutnya..bila nak nikah..aduss..tak sudah lagi rupanya…hahhaha…Tahun lepas..kira OK..sebab aku baru kawin..so takde sangat la orang nak bertanyakan aku..mcm tak wujud je aku nih….Heheh..tahun nih..aku dah tau dah..soalan "feveret" yang bakal dijangka akan keluar.."Kakak,ko pasal apa tak beranak2 lagi nih…" hehhe…nantila aku pikirkan apa jawapan nak bagi kat diorg nih….

Apapun..inila warna2 kehidupan.Aku pakai konsep sedara mara nih bertanya kalau bukan sebab busybody..tapi sebenarnyea itula cara nak merapatkan ukhuwah..nak dapatkan informasi terkini..korang patut bangga bila sedara mara asyik tanya kita soalan2 cepumas nih..maknanya diorg sebenarnyea sayang dengan kita..sebab tu yang terlebih concern…Be positive!(Walaupun kadang2 merah2 telinga,sakit ati,sakit emosi..tapi..sabar jea…tak lama..kalau nak balas balik..sok2 kita busybody plak kat anak cucu diorg hahahhah)

17 Ramadhan 1426

Thursday, October 20th, 2005

Ikut takwim Islam..umur aku ari ni 28 tahun…Banyak benda yang belum tercapai..belum terbuat…tapi apapun aku berdoa yang baik2..semoga lebih bersemangat untuk menambah amal ibadat..berbuat baik dengan orang tersayang, belajar untuk melupakan mana2 kisah silam yang hitam & kelam(terutamanya learn to forgive & forget ),belajar untuk menjadi hamba,umat,isteri,anak dan insan yang terbaik.Amin!

Smlm berita kehilangan Datin Endon Mahmood wife PM kita.Al-Fatihah. Semalam jugak aku dapat tau yang confirmed laki aku kena posting Sungai Petani on 7th November 2005.Alamatnya, tahun ni rumah aku mmg tertutup untuk raya2 ni. I need to pack all my things to get ready to be posted there?! Orang sibuk hias rumah utk raya, aku sibuk kemas brg masuk dlm kotak. AKu mungkin nak jual certain things. So sapa2 yang berminat nanti boleh la aku announce apa benda yang aku nak jual.

Apa pun either aku ikut laki aku ke tak bergantung kepada result interview PTD aku on 10 November 2005.Kalau aku dapat, so aku laki bini akan jadik weekend husband and wife laa..kalau tak dapat..bye2 KL and SP here I come.New place,new environment…

Kampungku, Nenek & Sambal Gesek

Sunday, October 16th, 2005

Sambal gesek?Senang sangat nak buat dia.Bahan2 cukup ikan bilis sesuka hati nak byk mana,bawang merah sebijik,limau kasturi sebijik,ngan cili api ikut suka la banyak mna..Tumbuk ikan bilis,cili api ngan bawang smpai hancur.Perah limau.Lpas tu sedia untuk di makan dengan nasik panas!Perghhh…Mmm..korang penah makan?Aku tak taula.Tapi ni la lauk yang paling aku suka tiap kali balik kampung nenek aku kat Kampung Simpang Durian,Jelebu,N.Sembilan.(Alah masa kita belajar geografi dulukan..daerah yang paling kering kat Malaysia..sebab jarang hujan..ingat tak?)

FYI..kampung ni mmg remote area giler.Line tepon pon 019 baru ada lately.Kalau pkai HP canggih pon,setakat ko pkai MAXIS jgn mimpi nk berlagak kat kampung nih.Kampung nih dah sempadan negeri Pahang.Jadik..mana2 yang dekat ngan sempadan..dah hilang loghat nogori..diorg lebih pada loghat Pahang…

Pekan terdekat?Aku raser Kuala Klawang.Yang jaraknyer took half an hour. Klinik kesihatan adalah kat kampung aku nih.Bak kata mak aku,kalau kna heart attack,agaknya..mati dlm ambulan je.Sebab jauh sangat ngan hospital.Hello..KL 1/2hour jln hiway.Ni 1/2 hour..jln konar-konar..bak kata org kampung aku.

Kampung aku mmg kampung betul..takde pekan2 nih.Yang ada cuma deretan umah kedai.Sekolah rendah ngan menengah.Balai polis.Masjid.Pasar basah ngan pejabat pos.Dewan Serbaguna.Baru ni barula ada Bank Pertanian ni.Kalu terasa nak berjalan jauh sikit..knala pergi pekan Bahau or Kuala Pilah..yang amik masa sejam lebih perjalanan.Sepanjang jalan tu mmg tempuh hutan2..ladang..kelapa sawit,dusun2 ngan kebun2.Kat Jalan raya penuh ngan lembu2 lepak..kambing2 kampung or kambing biri2…Tak campur taik2 lembu yang menghias kawasan..

Balik last weekend baru ni..tak banyak perubahan yang aku lihat..cume masjid makin cantik..umah2 papan yang dulu byk skrg dah diganti dengan umah batu…tapi jalan macam tu jugak..berlubang2..penuh taik lembu ngan taik kambing..heheh..

Apapun..itulNenek_1a kampung aku..selagi nenek ada..sihat..aku akan tetap balik jugak ke sana..Nenek aku umur 84 thn alhamdulillah sihat lagi..bebas dari penyakit major nih.Dia takde darah tinggi,kencing manis..cuma..dah tua2 ni..krg pendengaran sikit…Itula secebis kisah…Kampungku,Nenek & Sambal Gesek….

Hati Kita…

Thursday, October 13th, 2005

"Dijulang ke langit menjadi bintang, dilayarkan di laut menjadi pulau dan apabila di tanam ke bumi menjadi gunung"

Ungkapan yang biasa..tapi dalam maknanya.Bagi aku mudah..cukup kita menjadi seorang yang berguna. Setidak-tidak pada diri sendiri dan insan yang tersayang.

Cerita tentang hati..smlm aku dpt email dari seorang sahabat lama. Menyoalkan aku tentang hati dan perasaan. Mmm..di saat..aku sedang memerhatikan perkembangan hidup kawan-kawan aku yang dulu bercinta..then kawin,skrg dah beranak..sibuk nak membina hidup berkeluarga..aku didatangi semula oleh persoalan CINTA.Aku raser aku dah retired jadik KAUNSELOR cinta.Tapi nampaknya tugas ni aku kna pikul sepanjang hayat.

Bagi aku cinta sesama insan ini terlalu subjektif.Untuk mengatakan kita suka, sayang dan cinta satu benda yang berbeza.Terlalu abstrak untuk dizahirkan dengan perkataan.Hanya yang merasainya sahaja tahu apa di dalam hati.Hati kita yang lebih mengerti…

Arghh..aku bukan seorang penyair atau kaunselor terhebat untuk memberi pendapat tentang cinta.Namun masih..ada yang kembali untuk mendapatkan nasihat. Aku sendiri punya pengalaman2 yang hitam,gelap dan kelam..namun itulah kenangan terindah yang pernah aku ada.

Nasihat aku padanya..belajar untuk menerima realiti…cintala seadanya..belajar untuk menerima kekurangan dan pastinya bersedia untuk menghadapi segala dugaan cinta yang kita akan raser pedih dan sakitnya sekarang tapi manisnya bila cinta itu berjaya sampai ke penghujungnya dan jika tidak ianya akan menjadi kenangan yang pasti sukar untuk kita lupakan….

p/s eeiii..cukup2la cerita cinta nih..bagi la aku masalah lain yang mencabar sket aku nak bagi nasihat!tak berkembang rasernyea..heheheh

Iftar

Tuesday, October 11th, 2005

Saloma_bistro_1Semalam..aku ngan kengkawan Iftar kat luar. Kat Saloma Bistro.Okla..the food is not so bad.Yang bestnyer..kitaorg bayar utk bukak poser kat luar cafe yang price dia RM48 per head.Tapi maybe sebab tak ramai..tapi dapat duduk kat dlm with nasyeed performance & cultural show yang price dia RM65…kira rezeki kitaorg la smlm…Nanti aku publish gambar dlm album…

Masa balik Melaka ari tu pun adik ipar aku belanja  mkan kat Straits Meridian Hotel. Sebab dia baru dapat 1st salary.Nak dibandingkan variety of food kat Melaka which only cost us 24.90 per head tu..ngan Saloma Bistro..best lagi yang kat Melaka tu…mmm..dah namanya KL kan..msti mahal..hehhe..

Family Nora vs Family Fitri

Tuesday, October 11th, 2005

Last weekend balik Melaka…aku bila time balik umah mak mentua jer mesti jadik M.A.L.A.S…bukan apa.Sumer benda diaorg tak kisah. Sapa raser nak tido..tido..nak mkn..gi la mkn..dah bulan poser takleh makankan..so lpas subuh aku bantai tido smpai kul 10..hahahahha..pastinya bila aku bangun tido..aku tak tau nak wat pe(tapi aku still la tolong berkemas sbb aku mmg tak reti nak duduk melangok jer)..mak mentua aku siap suh aku tido lagi..rehat2 la..katanya…

Family hubby aku ni..aku boleh bagi Anugerah Family Paling Tak Kisah..nak dibandingkan family aku..semuanya jadik complicated.

Ye la..mak aku pantang org bangun lambat.(Tak kirala ko dah besar panjang,kawin & ada anak).Paling lambat pukul 8..kalau tido lpas subuh.Lpas tu sumer kna mandi sbb mak aku nak basuh & jemur baju sblm pkul 9.Lpas tu kna kemas umah..n bilik masing2..sapu..mop..basuh toilet..sapu sawang(wpun aku jarang nmpak sawang)..pkul 11 klu bln tak puasa kna msk utk lunch..mkn sblm zuhur.sapa last sekali abih mkn kna basuh pinggan n kmas dapur.meja pun kna kmas..simpan lauk2..4 beradik..masing2 ada tugas.sblm kul 3 kain kna angkat kat jemuran..lpas tu lipat & simpan..sapa2 nak tido skjap..kira2 time mcm ni la..lpas tu mlm kna mkn sblm pkul 9.lpas tu baru bersenang2…kadang2 dah jadik macam rutin. Padahal umah aku tak bersepah pun!!!

Bila dah idup sendiri…aku masih mcm tu.walaupun hidup berdua..hubby aku pun heran sebab dia kata umah aku tak penah bersepah..tapi keje aku berkemas..dan berkemas je..hahhah..tapi yang bagusnyer..skrg sejak kawin..ada hari pon aku akan raser utk jadik tak kisah..bila ada masa buat..takla macam umah mak aku yang MESTI atau WAJIB buat…so we completed each other..

Anak Angkat

Thursday, October 6th, 2005

Bulan poser aku banyak leisure kat opis.Opis hour 9-4..bestkan..nak wat camane dah boss aku warga emas. Dia lpas je zuhur memang tak larat dah. Sian aku tengok dia.

Ooo..citer anak angkat..this week je ada 2 kes org nak amik anak angkat. So as Comissioner For Oaths..knala setelkan dokumen diorgkan

Nur Sumayyah Insyirah..seindah nama..baby yang msih merah tu..tidak diketahui status bapa kandungnya.Mak kandung baru umur 18 tahun.Sedih aku..memikirkan nasib mak dia tu. Baby tu tentu arah la..ada orang bela..yang mak dia tu,kalau kembali ke pangkal jalan takpe la..tapi kalau terjerumus balik..ikutkan nafsu..takkan keje nak bagi anak kat orang je…

Besoknyer..kes yang sama gak..Nur Aina Batrisya…baby yang masih merah lagi..nasib yang sama…apa nak jadik la sekarang ni…Sedih aku!

Kalau kita mampu nak ingatkan seluruh masyarakat..ingat2kanlah..sesama ahli keluarga…Aku dapat bayangkan..walaupun anak yang dilahirkan tanpa nikah..pastinya hubungan itu lahir dari penyatuan jiwa..kerana nafsu..mereka terlanjur….lepas tu ter mengandung…dapat anak..bagi kat orang..kalau bagi..kalau buang?Ngeri aku nak pikir…Orang lain punya susah nak dapat anak..dia senang2 je buang…hai entahlaaa….hari dah nak kiamat sangat agaknya…